Orang Melayu Harus Bersatu Demi Islam

Melihat kepada isu-isu terkini yang menyentuh keterlibatan Melayu-Islam, maka ada beberapa noktah harus kita lihat:

1- Membina Kembali Kekuatan (syaukah) Orang Melayu Islam Di Tanah Air Sendiri.

Dong Zong berani untuk bersuara kerana rapatnya mereka dengan kerajaan ‘cina’ dan taikun Cina. Maka kerajaan seolah tersepit kerana perlu berfikir tentang campur tangan Cina.

Maka ‘kekuatan’ ini menjadikan Dong Zong berani mendesak kerajaan kerana kuasa yang ada. Malah sangat konsisten daripada dahulu dengan menentang Laporan Barnes dan Laporan Taib.

Jadi saranan saya kepada NGO dan pertubuhan islam di daerah Hulu Langat khususnya untuk berusaha kembali bersama-sama mendapatkan kekuatan kita.

Bukan sahaja syok sendiri berprogram walhal kita makin lemah saban hari.

2- Kesepakatan Orang Melayu-islam

Dong Zong, YB DAP malah YB MCA bersama mengecam meneruskan pembelajaran tulisan Jawi dalam subjek Bahasa Melayu kepada murid sekolah rendah Tahun 4 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan.

Kes begini biasa dilihat. DAP dan MCA bersama dalam isu melibatkan islam seperti isu RUU 355 sebelum ini.

Tidak perlu bersatu dalam satu parti. Cukup dengan bersepakat dalam isu bagi menghadapi pelbagai serangan musuh yang mahu memusnahkan kedaulatan Islam di negara ini.

KESIMPULAN

Dua noktah ini bukan noktah yang baharu yang diketengahkan oleh Isma. Malah ini adalah komponen paling penting dalam membina semula tamadun islam yang diharapkan menjadi benteng survival Melayu-Islam di tanah sendiri.

Hj Majid Jantan 
YDP Isma Cawangan Hulu Langat
15 Ogos 2019

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian