Sukan Tradisional Bantu Bina Jati Diri

Oleh Norlia binti Salleh

Kota Samarahan, 5 Ogos – “Sedar atau tidak, sukan tradisional ini mampu membina jati diri yang mantap dalam kalangan kanak-kanak.” Demikian kata Ustaz Abdul Rahman bin Ismail, Yang Dipertua (YDP) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Samarahan dalam ucapannya pada Karnival Sukan NAZIM baru-baru ini.

Tambahnya lagi, jati diri peserta dapat dibina apabila mereka sedar akan sejarah permainan yang ada. Setiap perkara pasti ada susur galur dan keunggulan yang tersendiri. Dengan mengetahui hal ini, mereka akan merasa bangga seterusnya bersemangat untuk mempertahankan sejarah peninggalan nenek moyang. Dengan mengadakan aktiviti seumpama ini juga, kerjasama dalam kalangan peserta dapat dipasak dengan mudah. Dan hal ini sudah pasti akan memberikan manfaat yang sangat besar dalam membina jati diri anak bangsa.

Beliau juga turut berpesan kepada semua yang hadir agar sama-sama mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan selalu keluar beriadah berbanding terlalu kerap bermain permainan video dan gajet. Orang yang sihat, itulah orang yang dicintai oleh Allah. Orang Islam itu kuat, maka untuk menjadi kuat tidaklah dapat dengan hanya menatap gajet lebih dari lapan jam sehari.

Dalam karnival itu juga, salah seorang peserta, Izzul Syahmi Wafiq bin Ismail berkata, aktiviti seperti ini sangat bagus dan bermanfaat. Ini kerana, dengan adanya aktiviti seperti ini, peserta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain, dapat mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah serta dapat menyihatkan badan dengan beriadah bersama kawan-kawan. Beliau berharap agar aktiviti seperti ini dapat dijalankan dengan lebih kerap pada masa akan datang.

Turut hadir, Raja Nurul Huda binti Raja Ibrahim, Pengerusi Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) ISMA Samarahan dan Jamaliah binti Lani, Pengerusi Kelab Anak-Anak Hebat NAZIM Samarahan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?