ismakualaterengganu

KASRIM Kuantan serlah semangat dan persaingan sihat di kalangan remaja

Oleh Norfadilah Hilmi KUANTAN, 29 Sept. – Semangat dan sifat suka bersaing yang ada pada diri remaja jangan disia-siakan serta harus disal...

Oleh Norfadilah Hilmi

KUANTAN, 29 Sept. – Semangat dan sifat suka bersaing yang ada pada diri remaja jangan disia-siakan serta harus disalurkan di tempat yang betul seperti acara sukan yang terdapat di Karnival Sukan Remaja Muslim (KASRIM).

Pengarah KASRIM, Muaz Rushdan berkata, semangat tersebut adalah selari dengan objektif utama penganjurannya pada kali ini iaitu untuk memberi ruang kepada remaja menyalurkan semangat mereka kepada aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

“Kita sedia maklum para remaja sebenarnya mempunyai semangat yang tinggi dan suka bersaing di antara satu sama lain, jadi kita halakan semangat tersebut di tempat yang betul iaitu KASRIM,” ujar beliau.

Demikian menurut beliau ketika ditemui sejurus berakhirnya acara sukan yang dipertandingkan di KASRIM 2019 anjuran Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) cawangan Kuantan di sini baru-baru ini.

“Melalui tiga acara sukan yang dipertandingkan iaitu futsal, bola tampar dan bola jaring, peserta dapat bersaing dengan perkara yang bermanfaat kepada mereka,” tambah beliau lagi.

Beliau yang juga merupakan Pengarah KRIM cawangan Kuantan turut berharap agar para remaja sentiasa mencari aktiviti yang bermanfaat dan sentiasa meningkatkan semangat positif yang ada dalam diri mereka.

Sementara itu, Norhasni Kamarudin, guru pengiring dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kuantan ketika ditemui, amat berbesar hati menerima jemputan dari pihak KRIM untuk menghantar peserta ke KASRIM pada tahun ini.

“Terima kasih kerana mengundang dan memberi ruang kepada kami di KASRIM serta tahniah juga diucapkan kepada para peserta termasuk pelajar saya dari SBPI Kuantan atas kejayaan menjadi johan pertandingan bola jaring pada kali ini.

“Harapan saya semoga dapat melahirkan lebih ramai pemain yang berwibawa dan dikenali serta mengeratkan lagi hubungan pihak sekolah dengan KRIM pada masa hadapan,” ujar beliau selaku pengurus pasukan Aurora Blackpink yang menjuarai pertandingan bola jaring di KASRIM 2019.

Selain itu, Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Sungai Isap, Norziha Minhad, sangat berbangga dengan penganjuran KASRIM ini kerana dapat meningkatkan semangat kesukanan dan kemahiran para peserta serta memberi banyak manfaat kepada mereka.

Beliau yang turut menghantar tiga pasukan ke karnival ini bagi perlawanan bola tampar, futsal dan bola jaring juga berharap agar aktiviti seperti ini dapat diadakan secara tahunan untuk para remaja sekitar Kuantan.

Kapten Kumpulan Aurora Blackpink, Nur Syaza Shahrain Sulaiman, ketika ditemui turut berterima kasih kepada pihak KRIM atas penganjuran KASRIM serta berpuas hati dan sangat gembira kerana dapat memenangi pertandingan kali ini.

Beliau yang juga merupakan pelajar Tingkatan Empat dari SBPI Kuantan berharap KRIM dapat menganjurkan lebih banyak pertandingan seperti ini pada masa akan datang supaya mereka dapat meningkatkan lagi potensi dan melangkah lebih jauh dalam sukan bola jaring.

KASRIM merupakan acara sukan tahunan anjuran KRIM dan dikhaskan untuk para remaja menghabiskan masa lapang atau cuti sekolah mereka dengan perkara-perkara yang bermanfaat.

Melalui penganjurannya pada tahun ini, KRIM Kuantan telah memilih tiga acara untuk dipertandingkan iaitu futsal, bola tampar dan juga bola jaring serta menawarkan hadiah berupa wang tunai dan pingat sebagai ganjaran kepada para pemenang,

KASRIM 2019 berjaya menarik hampir 200 peserta dari sekolah menengah sekitar Kuantan untuk berentap di gelanggang-gelanggang sukan yang disediakan di kawasan kejiranan Bukit Rangin, Kuantan.

Antara sekolah yang terlibat termasuklah SMK Bukit Rangin, SMK Sungai Isap, SMA Al-Irsyad, SBPI Kuantan, SMK Astana, SMK Tanjung Lumpur serta Kolej Vokasional Kuantan.

Sumber

Related

TERKINI 1295950545329377126

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item