Jaga perintah Allah, kunci kejayaan ahli keluarga dalam SPM 2019
Oleh: M Naim Yusof
K. TERENGGANU, 7 Mac – Anak-anak aktivis Isma K.
Terengganu yang menduduki Sijil Pelajaran Malysia (SPM) pada tahun 2019
rata-rata memperoleh keputusan cemerlang. Lebih membanggakan lagi, Engku Sofiyyah
Hanan binti Engku Omar Amiruddin merupakan anak kepada Yand Di-Pertua (YDP)
Isma K. Terengganu memperoleh keputusan 11A dan dianugerahkan pelajar terbaik
di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Shaikh Abdul Malik.
Antara rahsia didikan keluarga yang dikongsikan
oleh Ustaz Engku Omar Amiruddin bin Engku Ali, YDP Isma K. Terenganu adalah
dengan memberikan didikan seimbang antara dunia dan akhirat, serta sentiasa
meletakkan urusan kita dengan Allah SWT di depan tanpa membelakangkan urusan
keluarga.
Menurut beliau, keputusan cemerlang ini
merupakan anugerah daripada Allah SWT. Walaupun sibuk dengan urusan dakwah dan
kegiatan masyarakat, urusan membina keluarga tidak seharusnya diketepikan dan
kebergantungan harus diletakkan sepenuhnya kepada Allah SWT dengan menjaga
semua ketetapan-Nya.
“Semua keputusan adalah kurniaan Allah. Usaha
kita terlalu kecil, Allah yang Maha Pemurah kurniakan lebih dari itu. Antara
amalan yang dipegang dalam menguruskan keluarga ialah dengan sedaya upaya
memastikan pendapatan rezeki yang diperolehi adalah halal dan diredhai Allah”
Kerjasama dan komunikasi yang berkesan antara
suami dan isteri juga amat penting bagi memastikan urusan keluarga berlaku
dengan baik.
“Kerjasama daripada isteri saya yang sabar
melayan keranah anak-anak seramai 10 orang selain berkhidmat kepada ibu bapa
yang sudah tua amat membantu, dan mungkin penyebab urusan kami sekeluarga dimudahkan”
Turut mendapat keputusan 11 A, Fatimah Azzahra
binti Shaikh Sabri, merupakan anak kepada bendahari Isma K. Terengganu. Fatimah
juga mendapat anugerah pelajar terbaik SPM SMAA Sultan Zainal Abidin. Manakala
yang lain, Muhammad Naufal bin Nujaimin dan Afif Ramadhan bin Kamaruddin masing-masing
mendapat 11A 1B dan 7A 2C,
Dapat dilihat bahawa kesibukan keluarga masing-masing
dalam urusan dakwah dan pengurusan organisasi tidak menghalang mereka untuk
cemerlang dalam pembelajaran mereka.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan
kepada guru-guru mereka dan pihak sekolah yang telah bertungkus lumus mendidik
dan membimbing mereka dalam pelajaran. Kejayaan ini merupakan satu titik
permulaan untuk kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Diharapkan pada
masa akan datang mereka ini dapat menyumbang kembali kepada bangsa dan agama
mereka demi mengembalikan kembali kegemilangan tamadun kita yang hebat ini.
Ulasan
Catat Ulasan