Bahasa Jiwa Bangsa, Erti Sebenar Identiti Negara
Oleh: Mohd Naim Yusof 13 September 2020 - Kg. Gong Datok, Kuala Nerus, ISMA cawangan Kuala Terengganu (ISMA KT) dengan kerjasama Maj...

Oleh: Mohd Naim Yusof
13 September 2020 - Kg. Gong
Datok, Kuala Nerus, ISMA cawangan Kuala Terengganu (ISMA KT) dengan kerjasama
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gong Datok telah menganjurkan sebuah
wacana bersama penduduk kampung disini hari ini. Wacana ini telah diadakan di
Pusat Komuniti Kampung Gong Datok.
Bertemakan bahasa jiwa bangsa, wacana ini telah membincangkan tentang beberapa topik yang menarik mengenai fungsi bahasa kebangsaan sebagai medium perpaduan di sesebuah negara khususnya di Malaysia yang secara maklumnya terdiri dari pelbagai kaum. Tiga bangsa terbesar Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India seharusnya bersepakat diatas satu identiti negara yang ingin dibina jika mengimpikan sebuah negara yang kuat dan berdaulat serta maju setanding dengan negara-negara maju yang lain.
“Saya pernah pergi ke
Thailand, semua rakyatnya bertutur dalam Bahasa Thailand. Tidak kira dari
bangsa mana, hatta bangsa melayu di Thailand juga fasih berbahasa Thailand.”
Berkata Ustaz Doktor Razali Musa, pensyarah usuludin UnisZa, yang merupakan
salah seorang ahli panel wacana yang diadakan.
Selain itu, isu penguasaan
Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan Malaysia dikalangan bangsa bukan
melayu amat lemah juga ditekankan dalam wacana ini. Hal ini seterusnya
mengakibatkan perpaduan antara rakyat Malaysia sukar dicapai. Masalah ini boleh
dikatakan berpunca dari sistem pendidikan yang pelbagai aliran yang wujud di
Malaysia.
“Tidak ada di negara lain yang wujud sistem pendidikan yang pelbagai aliran seperti Malaysia. Sistem pendidikan di Malaysia ini sebenarnya amat pelik sekali. Kita tidak pernah dengar adanya sekolah cina di Jerman, sekolah india di Jepun. Semuanya menggunakan satu sistem pendidikan sahaja.” Berkata Ustaz Shaikh Sabri Shaikh Ismail, guru Sekolah Menengah Kebangsaan Manir yang mempunyai kelulusan Pendidikan dan Bahasa Arab dari Universiti Al-Azhar, merupakan ahli panel kedua dalam wacana yang diadakan.
“Sekolah aliran selain
kebangsaan ini sebenarnya menggunakan sistem pendidikan tersendiri. Bagaimana
acuan yang lain-lain boleh menghasilkan produk yang sama?” soal beliau. Menurut
beliau lagi, sistem pendidikan yang bercanggah dengan perlembagaan ini
menghalang wujudnya perpaduan antara kaum serta menjadi punca bahasa kebangsaan
tidak dikuasai oleh semua rakyat Malaysia. Sehinggakan pemimpin politik yang
diangkat di parlimen juga tidak fasih berbahasa melayu sedangkan ia merupakan
bahasa dan identiti bagi negara kita. Perkara ini sebenarnya amat
membimbangkan.
Kedua-dua ahli panel bersetuju
bahawa perlu wujud satu badan yang mempunyai kuasa bagi memantau penggunaan
bahasa melayu. Badan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu diberi mandat
kuasa perlaksana untuk memperkasakan bahasa melayu. Selain itu, sistem
pendidikan yang bercanggah dengan perlembagaan hendaklah dihapuskan bagi
menjamin perpaduan. Tulisan jawi juga haruslah diberi kedaulatan bagi menjamin
identiti negara terpelihara.
Watan ini mempunyai sejarah
yang panjang dan mempunyai identiti tersendiri. Bangsa Melayu merupakan bangsa
tonggak di tanah air ini. Identiti dan kedaulatan Malaysia haruslah
dipertahankan demi masa depan anak cucu kita yang mendatang. Identiti Malysia
merupakan identiti Melayu dan Islam. Jika runtuh pasak ini, maka akan hilang
lah jati diri.
Wacana ini disambut baik oleh
penduduk Kampung Gong Datok. Kira-kira hampir 40 orang lebih dari kalangan
orang kampung telah hadir ke wacana ini dengan pematuhan SOP penjarakkan sosial
yang telah ditetapkan. Kerjasama seperti ini amatlah dialu-alukan oleh mereka
dan diharapkan dapat diteruskan lagi dimasa akan datang.