Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Imej
1. Seringkali kita mendengar dialog antara dua ekstrem seperti ini, "Engkau depression ni sebab kurang amal agama." Atau pun, "Jangan libatkan agama dalam hal ni, apa yang kau tahu tentang depression?" 2. Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah pada tahun ini, forum ini bakal memberikan suatu landasan yang baik untuk kita sama-sama mendepani cabaran kesihatan mental yang semakin meningkat khususnya di fasa pandemik Covid-19 ini. 3. Forum ini mensasarkan perbincangan berkenaan peranan agama untuk menjaga kestabilan mental serta salah faham terhadap kesihatan mental yang akan dibincangkan oleh dua orang ahli panel yang berpengalaman. 4. Mari sertai kami dalam Forum Maal Hijrah anjuran Biro Dakwah ISMA Kuala Terengganu dengan kerjasama Pusat Islam UniSZA. Maklumat program adalah seperti berikut:  📌 Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian 🗓 Tarikh: 10 Ogos 2021 (Selasa) ⏰ Masa: 9.15 malam hi

Tangguh Parlimen berdasarkan sains dan fakta kesihatan: TPM

Imej
BERA, 22 Zulhijjah 1442H, Ahad – Penangguhan Sidang Khas Dewan Rakyat pada esok (2 Ogos), dibuat berdasarkan sains dan fakta kesihatan, dan bukannya disebabkan oleh agenda politik, tegas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata keputusan itu dibuat selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (KKM) Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah … The post Tangguh Parlimen berdasarkan sains dan fakta kesihatan: TPM appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4rl6s

Vaksin sahaja tak cukup kuat lawan varian baharu: Kajian

Imej
VIENNA, 22 Zulhijjah 1442H, Ahad – Vaksin COVID-19 sahaja tidak cukup kuat untuk menghentikan kemunculan varian baharu yang lebih berjangkit, malah langkah pencegahan sebelum ini mesti diteruskan bagi mengelak virus daripada merebak, lapor satu kajian baharu. Kajian dilakukan oleh penyelidik dari Institut Sains dan Teknologi Austria dan diterbitkan dalam Nature Scientific Reports mendapati, bahawa langkah-langkah … The post Vaksin sahaja tak cukup kuat lawan varian baharu: Kajian appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4q4LL

SIRIM bantu bangunkan vaksin COVID-19

Imej
SHAH ALAM, 22 Zulhijjah 1442H, Ahad – SIRIM Bhd akan bekerjasama dengan institusi tempatan dalam kajian di peringkat permulaan pembangunan vaksin COVID-19 di Malaysia, kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad. Ahmad Sabirin berkata tiga institut yang terlibat iaitu Institut Kajian Perubatan (IMR), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Veterinar … The post SIRIM bantu bangunkan vaksin COVID-19 appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4q4JK

Kes COVID-19 di Olimpik Tokyo kini 241

Imej
TOKYO, 21 Zulhijjah 1442H, Sabtu – Seramai 241 petugas dan mereka yang terbabit dengan Olimpik Tokyo 2020 dijangkiti COVID-19, menurut pihak penganjur pada Sabtu. Menurut Agensi Anadolu, jawatankuasa penganjur mengesahkan 21 lagi kes baharu dilaporkan dan kesemua mereka yang dijangkiti sedang dikuarantin.  Sejak beberapa hari lalu tiada atlet yang bertanding dijangkiti COVID-19, kata jawatankuasa itu. … The post Kes COVID-19 di Olimpik Tokyo kini 241 appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4pHVq

Lubnan hadkan individu sudah vaksin saja boleh masuk restoran

Imej
BEIRUT, 21 Zulhijjah 1442H, Sabtu – Lubnan mengehadkan kemasukan ke restoran, kafe, dan pantai untuk individu yang memiliki sijil vaksin COVID-19 atau mereka yang telah mengambil ujian antibodi, kata Kementerian Pelancongan. Pekerja yang tidak diberi vaksin di institusi itu akan diminta melakukan ujian reaksi rantai polimerase (PCR) setiap 72 jam, katanya. Langkah itu dilaksanakan susulan … The post Lubnan hadkan individu sudah vaksin saja boleh masuk restoran appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4mXTV

200,000 pelarian Rohingya terkandas akibat banjir

Imej
COX’S BAZAR, 21 Zulhijjah 1442H, Sabtu – Hujan lebat mengakibatkan tanah runtuh dan banjir kilat di kem pelarian yang memindahkan ribuan umat Islam Rohingya di tenggara Bangladesh minggu ini. Sekurang-kurangnya enam etnik Rohingya, termasuk tiga kanak-kanak maut akibat tanah runtuh dan banjir, sementara 15 warga Bangladesh terbunuh. Pentadbir daerah, Mamunur Rashid berkata, lebih dari 200,000 … The post 200,000 pelarian Rohingya terkandas akibat banjir appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4mXRv

Kekeliruan pembatalan Ordinan Darurat satu krisis Perlembagaan

Imej
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin BANGI, 20 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Kekeliruan berhubung status pembatalan Ordinan Darurat yang dinyatakan oleh kerajaan berkuat kuasa pada 21 Julai 2021 berpotensi untuk membawa kepada krisis Perlembagaan, kata penganalisis politik.  Dr Mazlan Ali yang merupakan Pensyarah Kanan Pusat Perdana, Fakulti Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, Yang di-Pertuan Agong … The post Kekeliruan pembatalan Ordinan Darurat satu krisis Perlembagaan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4ldsp

AS tawar ganjaran tunai pada individu mahu terima vaksin

Imej
WASHINGTON, 20 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mendesak kerajaan tempatan memberikan ganjaran tunai kepada mana-mana individu yang mendapatkan vaksin COVID-19, sebagai mendorong lebih ramai menerima imunisasi ketika kes jangkitan varian Delta melonjak di negara itu.  Pada masa sama, Biden turut menetapkan peraturan baharu supaya pekerja persekutuan memberikan bukti vaksinasi atau … The post AS tawar ganjaran tunai pada individu mahu terima vaksin appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4j8tQ

Krisis ekonomi: Ratusan ribu kanak-kanak di Lubnan derita kelaparan

BEIRUT, 20 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Ratusan ribu kanak-kanak terus menderita kelaparan di Lubnan setelah insiden letupan Pelabuhan Beirut tahun lalu, selain krisis ekonomi yang mencengkam negara itu, menurut sebuah laporan.  Save the Children dalam analisis terbaharu mendakwa, sejak insiden letupan pada 4 Ogos lalu, jurang kewangan yang diperlukan sesebuah keluarga untuk kelangsungan asas hidup … The post Krisis ekonomi: Ratusan ribu kanak-kanak di Lubnan derita kelaparan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4j8rl

Takiyuddin tawar diri letak jawatan?

Imej
BANGI, 19 Zulhijjah 1442H, Khamis – Datuk Seri Takiyuddin Hassan didakwa menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang). Menurut laporan Suara TV yang memetik sumber dalam PAS mendakwa, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung parti itu memaklumkan hasrat berkenaan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Bagaimanapun, beliau … The post Takiyuddin tawar diri letak jawatan? appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4h5xM

Kanak-kanak 12 tahun maut ditembak rejim pengganas

Imej
BAITULMAQDIS, 19 Zulhijjah 1442H, Khamis – Seorang kanak-kanak lelaki Palestin maut akibat cedera parah selepas ditembak tentera negara penganas Israel di Tebing Barat yang diduduki. Mohammed al-Alami, 12, meninggal dunia di bandar Beit Omar – di barat laut Hebron – selepas ditembak di dada ketika menaiki kenderaan bersama bapanya, kata Kementerian Palestin dalam satu kenyataan. … The post Kanak-kanak 12 tahun maut ditembak rejim pengganas appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4dY4M

Isu sosial ekonomi rakyat, topik penting Dewan Rakyat hari ini

Imej
KUALA LUMPUR, 19 Zulhijjah 1442H, Khamis – Soal kebajikan, sosial ekonomi dan bantuan kewangan kepada rakyat yang terhimpit disebabkan pandemik COVID-19 antara topik utama dijangka dibangkitkan Ahli Parlimen untuk penambahbaikan, pada hari keempat Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membentangkan penerangan … The post Isu sosial ekonomi rakyat, topik penting Dewan Rakyat hari ini appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4dY3Z

6 wanita termasuk seorang lelaki ditahan terlibat pelacuran

IPOH, 18 Zulhijjah 1442H, Rabu – Jabatan Imigresen Perak menahan enam wanita warga asing dan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran di sebuah hotel di Jalan Raja Ekram di sini. Pengarah Imigresen Perak, Hapdzan Husaini berkata, wanita berusia antara 25 dan 31 tahun itu berasal dari Laos, Thailand, China dan Vietnam sementara … The post 6 wanita termasuk seorang lelaki ditahan terlibat pelacuran appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4cVJC

Lagi kes penduduk Palestin dibunuh rejim Zionis

Imej
RAMALLAH, 18 Zulhijjah 1442H, Rabu – Hanya kerana mendekati tentera dengan palang besi, seorang penduduk Palestin di Tebing Barat maut dibunuh askar negara pengganas Israel. Kementerian Kesihatan Palestin berkata, insiden pembunuhan itu berlaku semalam di Tebing Barat yang diduduki. Sebilangan penduduk tempatan menjelaskan lelaki yang dibunuh di pintu masuk ke kampung Beita berhampiran bandar Nablus … The post Lagi kes penduduk Palestin dibunuh rejim Zionis appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4Yv3G

Doktor kontrak: Teliti akta pencen

Imej
KUALA LUMPUR, 18 Zulhijjah 1442H, Rabu – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berharap pasukan petugas khas yang diterajui Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneliti pindaan terhadap Akta Pencen bagi membolehkan pengambilan ke jawatan tetap dilakukan dengan pilihan caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam tempoh dua … The post Doktor kontrak: Teliti akta pencen appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4Yv16

Tak sokong PN, Ku Li minta pindah kerusi ke blok Bebas

Imej
BANGI, 17 Zulhijjah 1442H, Selasa – Atas dasar tidak mahu dianggap menyokong ‘kerajaan gagal’, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meminta kerusi tempat duduk beliau dalam sidang khas Dewan Rakyat diletakkan di blok Bebas. Permohonan tempat duduk itu diminta Tengku Razaleigh menerusi sepucuk surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bertarikh … The post Tak sokong PN, Ku Li minta pindah kerusi ke blok Bebas appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4XsHZ

Jadual semula pemilihan Palestin meliputi Baitulmaqdis Timur

Imej
GENEVA, 17 Zulhijjah 1442H, Selasa – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan penjajah Israel menjadualkan semula pemilihan presiden pada waktu yang sesuai. Ini bagi memastikan pilihan raya yang bebas, adil, demokratik dan boleh dipercayai dapat diadakan.  Pilihan raya Parlimen Palestin dijadualkan pada bulan Mei dan pemilihan presiden pula dirancang pada Julai.  … The post Jadual semula pemilihan Palestin meliputi Baitulmaqdis Timur appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4VKzY

BioNTech hasil vaksin malaria pertama

Imej
BERLIN, 17 Zulhijjah 1442H, Selasa – Syarikat BioNTech terus membina kejayaan dalam COVID-19 dengan mengembangkan pengeluaran vaksin pertamanya untuk malaria berdasarkan teknologi mRNA, dalam usaha membasmi penyakit bawaan nyamuk.  The Mainz – syarikat yang berpangkalan di Jerman dan membangunkan vaksin COVID-19 bersama rakannya, Pfizer – merancang memulakan ujian klinikal terhadap vaksin malaria berkenaan pada akhir … The post BioNTech hasil vaksin malaria pertama appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4VKyw

Ordinan Darurat tetap perlu dibentang di Parlimen

Imej
BANGI, 16 Zulhijjah 1442H, Isnin – Meskipun Ordinan Darurat yang dibuat ketika Proklamasi Darurat telah dibatalkan, kerajaan masih perlu membentang dan mengundinya untuk kelulusan secara retrospektif. Tindakan itu penting bagi akauntabiliti dan semak imbang mengenai keberkesanan dan ketelusan pelaksanaan ordinan ini sepanjang tempoh darurat yang lalu. Selain itu, Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham … The post Ordinan Darurat tetap perlu dibentang di Parlimen appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4TGqM

Israel halang masuk trak bahan bakar untuk loji janakuasa Gaza

Imej
GAZA, 16 Zulhijjah 1442H, Isnin – Israel pada hari Ahad menghalang masuk trak bahan bakar yang diperuntukkan untuk satu-satunya loji janakuasa Gaza melalui persimpangan Kerem Shalom, laluan perdagangan komersial utama wilayah itu. “Pihak berkuasa (Israel) melarang masuk 25 trak yang penuh dengan bahan bakar untuk penjanaan tenaga elektrik di Gaza,” kata pegawai dari Kementerian Ekonomi … The post Israel halang masuk trak bahan bakar untuk loji janakuasa Gaza appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4QpFl

PM bentang PPN pada sidang khas Dewan Rakyat hari ini

Imej
KUALA LUMPUR, 16 Zulhijjah 1442H, Isnin – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat yang dijadual bermula pukul 10 pagi, hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, persidangan selama lima hari itu juga akan menyaksikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba … The post PM bentang PPN pada sidang khas Dewan Rakyat hari ini appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4QpBs

Kelantan kesan kes pertama varian Delta

Imej
KOTA BHARU, 15 Zulhijjah 1442H, Ahad – Kelantan mengesan kes pertama varian Delta melibatkan seorang wanita di Pasir Puteh yang disahkan positif dua hari lepas. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, wanita berkenaan juga pernah dijangkiti COVID-19 sebelum ini. Beliau berkata, perkembangan ini amat membimbangkan, justeru beliau menyeru seluruh … The post Kelantan kesan kes pertama varian Delta appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4PtW0

Longgar sekatan, kes di Turki meningkat kepada 12,381

Imej
ISTANBUL, 15 Zulhijjah 1442H, Ahad – Kes baharu COVID-19 di Turki melonjak kepada 12,381 pada Sabtu (24 Julai), tahap tertinggi sejak pertengahan Mei. Menurut data Kementerian Kesihatan, pada masa sama 58 orang dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19. Jangkitan itu masih jauh berbanding gelombang pada bulan April-Mei ketika kes COVID-19 baharu mencecah lebih 60,000. Bagaimanapun kes … The post Longgar sekatan, kes di Turki meningkat kepada 12,381 appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4NDN7

Presiden UMNO positif COVID-19

Imej
KUALA LUMPUR, 15 Zulhijjah 1442H, Ahad – Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz masing-masing negatif COVID-19. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun didapati positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin di rumahnya. Sumber … The post Presiden UMNO positif COVID-19 appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4NDL3

Kad fizikal bagi individu lengkap vaksin tak diiktiraf kerajaan

Imej
BANGI, 14 Zulhijjah 1442H, Sabtu – Kerajaan hari ini menafikan penggunaan kad fizikal bercetak bagi individu yang lengkap suntikan vaksin COVID-19 seperti dijual di pasaran yang tular di media sosial. Perkara itu dimaklumkan menerusi pemakluman berita palsu Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), hari ini. Menerusi kenyataan itu, kerajaan menjelaskan kad fizikal … The post Kad fizikal bagi individu lengkap vaksin tak diiktiraf kerajaan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4MRbY

Berang dipenjara tanpa tuduhan, tahanan Palestin terus mogok lapar

Imej
RAMALLAH, 14 Zulhijjah 1442H, Sabtu – Jumlah tahanan Palestin yang melakukan mogok lapar di penjara negara haram Israel kini meningkat kepada 13 orang.  Tindakan itu bagi memprotes rejim penjajah yang menangkap mereka tanpa sebarang tuduhan atau perbicaraan, lapor agensi Anadolu. Menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPC), lapan lagi tahanan Palestin bertindak bersolidariti dengan melancarkan mogok lapar.  … The post Berang dipenjara tanpa tuduhan, tahanan Palestin terus mogok lapar appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4KftR

KKM guna Baricitinib rawat pesakit COVID-19 kategori empat dan lima

Imej
PUTRAJAYA, 14 Zulhijjah 1442H, Sabtu – Hospital seluruh negara akan mula menggunakan ubat Baricitinib untuk rawatan kepada pesakit COVID-19 terutama pesakit kategori empat dan lima, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mendapat peruntukan baharu untuk rawatan menggunakan Baricitinib yang dilihat berkesan digunakan bersama Dexamethasone. Dr … The post KKM guna Baricitinib rawat pesakit COVID-19 kategori empat dan lima appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4Kfrp

Rizab antarabangsa BNM kekal AS$111.1 bilion pada 15 Julai

Imej
KUALA LUMPUR, 13 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$111.1 bilion pada 15 Julai, 2021, kekal tidak berubah seperti pada 30 Jun. Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai lapan bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. Komponen utama rizab antarabangsa terdiri … The post Rizab antarabangsa BNM kekal AS$111.1 bilion pada 15 Julai appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4JlsR

India nafi kajian AS dakwa berjuta kes kematian akibat COVID-19

Imej
NEW DELHI, 13 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Kerajaan India menolak kajian penyelidikan antarabangsa yang mendakwa jutaan rakyatnya meninggal dunia akibat wabak COVID-19.  Sebaliknya, pemerintah menjelaskan angka rasmi kes kematian kini mencecah hampir 420,000 setelah negara itu menangani lonjakan kes pada bulan April dan Mei. Selasa lalu, sebuah kajian kumpulan penyelidikan Amerika Syarikat (AS) – Pusat … The post India nafi kajian AS dakwa berjuta kes kematian akibat COVID-19 appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4GK5q

Agihan vaksin ‘tak seimbang’ punca wabak COVID-19 sukar ditamatkan

Imej
GENEVA, 13 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Ketidakseimbangan pemberian vaksin antara halangan utama wabak COVID-19 lupus di seluruh dunia, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersama oleh Program Pembangunan PBB (UNDP) dan Universiti Oxford.  Data itu mendapati ketidaksamaan pemberian vaksin COVID-19 akan memberi kesan kekal … The post Agihan vaksin ‘tak seimbang’ punca wabak COVID-19 sukar ditamatkan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4GK3t

Kerajaan pertimbang pasangan jarak jauh lengkap vaksin pulang jenguk keluarga

Imej
KUALA LUMPUR, 12 Zulhijjah 1442H, Khamis – Pasangan dan ibu bapa jarak jauh yang telah lengkap dua dos vaksin COVID-19, mungkin akan dibenarkan merentas negeri untuk bertemu keluarga mereka, melalui kelonggaran yang akan diumumkan kerajaan nanti. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran bertemu keluarga jarak jauh adalah antara perkara yang sedang … The post Kerajaan pertimbang pasangan jarak jauh lengkap vaksin pulang jenguk keluarga appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4FJNz

Syed Saddiq akan didakwa hari ini atas 2 pertuduhan

Imej
KUALA LUMPUR, 12 Zulhijjah 1442H, Khamis – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas satu pertuduhan pecah amanah membabitkan wang RM1 juta dan satu pertuduhan lain. Mengikut sistem mahkamah, kes Syed Saddiq akan disebut di hadapan Hakim Azura Alwi dan Suzana Hussin. Sementara itu, … The post Syed Saddiq akan didakwa hari ini atas 2 pertuduhan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4Bp1l

PdPR semakin teratur, pelbagai kaedah pelaksanaan imbangi keperluan pelajar

Imej
KUALA LUMPUR, 12 Zulhijjah 1442H, Khamis – Selepas lebih setahun pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), kini ia semakin difahami pihak-pihak terlibat dengan penambahbaikan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa, bagi memastikan keberkesanannya. Memasuki tahun kedua pelaksanaannya yang terpaksa dilakukan berikutan ancaman pandemik COVID-19, semakin ramai juga yang menyedari bahawa PdPR bukan lagi hanya … The post PdPR semakin teratur, pelbagai kaedah pelaksanaan imbangi keperluan pelajar appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S4Bp1h

Varian Delta dikesan di Sibu, penduduk diminta waspada

Imej
SIBU, 11 Zulhijjah 1442H, Rabu – Penduduk di Sibu diminta berwaspada dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) biarpun telah menerima vaksin COVID-19, susulan terdapat varian Delta yang telah dikesan di daerah ini. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu dalam kenyataan hari ini memaklumkan kes itu disahkan Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak … The post Varian Delta dikesan di Sibu, penduduk diminta waspada appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S49mv2

Varian Delta merebak, sekatan pergerakan di Australia diperketat

Imej
SYDNEY, 11 Zulhijjah 1442H, Rabu – Lebih separuh daripada 25 juta penduduk Australia berada dalam sekatan pergerakan COVID-19 yang ketat susulan penularan varian Delta di tiga bandar utama di negara itu. Arahan duduk di rumah telah dikuat kuasakan kepada sejumlah besar negara ketika kerajaan tergesa-gesa mencegah wabak coronavirus terburuk tahun ini. Sydney – bandar terbesar … The post Varian Delta merebak, sekatan pergerakan di Australia diperketat appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S47H05

49 lelaki ditahan bantu siasatan ingkar SOP solat sunat Aidiladha

Imej
BUKIT MERTAJAM, 11 Zulhijjah 1442H, Rabu – Polis menahan 49 individu setakat ini bagi membantu siasatan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan mengadakan solat sunat Aidiladha di kawasan terbuka dan tepi jalan di Taman Pelangi, Juru, di sini. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata semua mereka terdiri daripada 48 warga Bangladesh … The post 49 lelaki ditahan bantu siasatan ingkar SOP solat sunat Aidiladha appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S47GyX

3 talian tambahan bagi permohonan Bakul Prihatin Negara

Imej
KUALA LUMPUR, 10 Zulhijjah 1442H, Selasa – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan tiga talian tambahan untuk memudahkan permohonan Bakul Prihatin Negara yang dilancarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khamis lalu. Menteri berkenaan Datuk Seri Rina Mohd Harun dalam kenyataan hari ini berkata inisiatif itu berikutan pertanyaan dan permohonan yang sangat tinggi … The post 3 talian tambahan bagi permohonan Bakul Prihatin Negara appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S46Dvx

Mesir buka sempadan Rafah, benarkan rakyat Palestin terkandas pulang

Imej
KAHERAH, 10 Zulhijjah 1442H, Selasa – Mesir membuka jalan sempadan Rafah dengan Semenanjung Gaza semalam, bagi membolehkan rakyat Palestin yang terkandas pulang dan menyambut Aidiladha bersama keluarga, menurut kedutaan Palestin di Kaherah. Kedutaan mengatakan bahawa warga Palestin telah terkandas di lapangan terbang Kaherah selama berminggu-minggu sejak penyeberangan terakhir dibuka pada bulan Mei, berikutan pengeboman pengganas … The post Mesir buka sempadan Rafah, benarkan rakyat Palestin terkandas pulang appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S43nRs

Perlis bakal beralih ke Fasa 3 PPN tidak lama lagi

Imej
KANGAR, 10 Zulhijjah 1442H, Selasa – Perlis yakin ia akan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi, berikutan tahap vaksinasi di negeri itu telah mencapai 36.1 peratus ketika ini. Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menerusi hantaran di laman Facebook miliknya berkata Perlis masih perlukan sekitar 3.9 peratus kadar vaksinasi … The post Perlis bakal beralih ke Fasa 3 PPN tidak lama lagi appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S43nRM

Defisit fiskal Malaysia berkisar antara 6.5 hingga 7 peratus daripada KDNK

Imej
KUALA LUMPUR, 9 Zulhijjah 1442H, Isnin -Defisit fiskal Malaysia dijangka meningkat antara 6.5 dan tujuh peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini berbanding enam peratus yang disasarkan sebelumnya, selepas mengambil kira pakej rangsangan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini. Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan bersedia memperluas ruang fiskal … The post Defisit fiskal Malaysia berkisar antara 6.5 hingga 7 peratus daripada KDNK appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S42n1y

35 kenderaan cuba masuk Pantai Timur di Gerik diarah berpatah balik

Imej
IPOH, 9 Zulhijjah 1442H, Isnin – Sebanyak 35 kenderaan yang dipercayai cuba memasuki arah Pantai Timur tanpa sebab munasabah melalui dua Sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan daerah dan negeri di Gerik diarah berpatah balik. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, arahan berkenaan dikeluarkan kepada mereka yang sampai ke SJR di Km 89 … The post 35 kenderaan cuba masuk Pantai Timur di Gerik diarah berpatah balik appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S40Jm4

Kerana salah guna kuasa rosak imej agama

Imej
ARTIKEL minggu ini adalah sambungan daripada minggu lalu, ‘nampak alim jangan sangka tidak rasuah’. Terkini, sedang heboh diperkatakan netizen mengenai salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku di salah sebuah universiti awam, melibatkan warga akademik sehinggakan pihak berkuasa telah masuk campur. Antara perkara yang sedang disiasat adalah berkaitan salah guna kuasa, pemberian kontrak tanpa tender, … The post Kerana salah guna kuasa rosak imej agama appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S40Jlj

Kes melonjak, Thailand perketat sekatan 3 wilayah

Imej
BANGKOK, 8 Zulhijjah 1442H, Ahad – Thailand memperketatkan lagi sekatan meliputi larangan perjalanan, penutupan pusat beli-belah dan perintah berkurung pada waktu malam ke atas tiga wilayah susulan peningkatan kes tiga hari berturut-turut.  Negara itu merekodkan 11,397 kes jangkitan dengan 101 kematian pada Ahad, menjadikan keseluruhan kes kepada 403,386 dan 3,341 kematian.  Sebahagian besar lonjakan kes … The post Kes melonjak, Thailand perketat sekatan 3 wilayah appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S3zPlq

Beringatlah, jangan ‘terkorban’ dek kerana COVID-19

KUALA LUMPUR, 8 Zulhijjah 1442H, Ahad – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru masyarakat agar mengambil iktibar daripada kesilapan mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) khususnya ketika sambutan perayaan lalu sehingga mencetuskan jangkitan COVID-19. Beliau berkata, kesilapan itu tidak seharusnya berulang semasa sambutan Aidiladha yang akan diraikan pada 20 Julai ini. “Masyarakat … The post Beringatlah, jangan ‘terkorban’ dek kerana COVID-19 appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S3xm5c

Polis tak terima surat MITI untuk rentas negeri

KUALA LUMPUR, 8 Zulhijjah 1442H, Ahad – Polis Diraja Malaysia tidak menerima dokumen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh empat hari mulai 18 hingga 21 Julai ini, untuk pergerakan rentas negeri. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ini susulan pihaknya mengesan peningkatan bilangan kenderaan … The post Polis tak terima surat MITI untuk rentas negeri appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S3xm3G

Scam online: 18 warga China ditangkap dalam Ops Pelican

Imej
BANGI, 7 Zulhijjah 1442H, Sabtu – Seramai 18 warganegara China ditangkap dalam siri serbuan di ibu negara, menyasarkan premis-premis yang menjalankan aktiviti scam atau penipuan dalam talian. Serbuan Ops Pelican di sekitar Kuala Lumpur yang dijalankan pada 16 Julai lalu itu membabitkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah … The post Scam online: 18 warga China ditangkap dalam Ops Pelican appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S3wx3f

China janji bantuan COVID-19 RM12.6 bilion kepada negara membangun

Imej
BEIJING, 7 Zulhijjah 1442H, Sabtu – Presiden China, Xi Jinping pada hari Jumaat menjanjikan bantuan sebanyak AS$3 bilion (RM12.6 bilion) kepada negara-negara membangun untuk memerangi COVID-19. Xi berkata demikian dalam pertemuan darurat pemimpin negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), yang belum pernah diadakan sebelum ini. Beliau berkata, dana tambahan itu bertujuan menyokong pemulihan ekonomi dan … The post China janji bantuan COVID-19 RM12.6 bilion kepada negara membangun appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S3v7Sf

Pemberhentian vaksin Sinovac tiada kaitan soal keberkesanan

Imej
PUTRAJAYA, 7 Zulhijjah 1442H, Sabtu – Pemberhentian pemberian vaksin Sinovac dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah kerana pembekalannya telah selesai dan tiada kaitan dengan soal keberkesanannya, kata Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin. Beliau berkata Pharmaniaga Bhd telah selesai membekalkan 12 juta dos vaksin keluaran China itu lebih awal daripada jadual asal kepada kerajaan. “Kami … The post Pemberhentian vaksin Sinovac tiada kaitan soal keberkesanan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S3v7P6

RCI langkah terbaik selesai persepsi negatif terhadap TH

Imej
KUALA LUMPUR, 6 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan segala tuduhan dan persepsi negatif terhadap TH. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersetuju dengan penubuhan RCI di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta … The post RCI langkah terbaik selesai persepsi negatif terhadap TH appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S3t8jc

Mahkamah EU putuskan majikan boleh larang pekerja pakai tudung

Imej
BRUSSELS, 6 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Mahkamah tertinggi Kesatuan Eropah (EU) memutuskan bahawa majikan boleh melarang pemakaian simbol kepercayaan agama atau politik yang kelihatan, seperti tudung. “Larangan memakai sebarang bentuk ekspresi politik, falsafah atau kepercayaan agama di tempat kerja boleh dibenarkan oleh keperluan majikan untuk menunjukkan imej yang neutral terhadap pelanggan atau bagi mengelakkan perselisihan … The post Mahkamah EU putuskan majikan boleh larang pekerja pakai tudung appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S3qcHf

Saad Hariri tarik diri selepas gagal bentuk kerajaan Lubnan

Imej
BEIRUT, 6 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Saad Hariri menarik diri setelah gagal membentuk kerajaan selama lapan bulan terakhir. Hariri mengundur diri selepas pertemuan singkat dengan Presiden Lubnan, Michel Aoun di Istana Baabda. “Saya menarik diri daripada membentuk kerajaan,” katanya kepada wartawan. “Aoun menuntut beberapa pindaan, yang menurutnya penting, dan mengatakan kami tidak dapat mencapai persefahaman … The post Saad Hariri tarik diri selepas gagal bentuk kerajaan Lubnan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S3qcFR

Netizen kecam KPM kewajaran lepasan UEC sertai PISMP

Imej
BANGI, 5 Zulhijjah 1442H, Khamis – Hebahan Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai pengambilan khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) menerima kritikan hebat. Semalam, KPM memuat naik poster mengenai pengambilan khas calon guru bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 dan Program Ijazah … The post Netizen kecam KPM kewajaran lepasan UEC sertai PISMP appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S3pWD4

Kematian akibat ‘overdose’ dadah meningkat 30 peratus di AS

Imej
WASHINGTON, 5 Zulhijjah 1442H, Khamis – Kematian akibat pengambilan dadah secara berlebihan di Amerika Syarikat (AS) mencapai rekod baru iaitu 93,000 orang sepanjang tahun lalu, peningkatan sebanyak 30 peratus ketika pandemik COVID-19. “Kematian akibat dos berlebihan daripada opiat sintetik (terutamanya fentanyl) dan psikostimulan seperti methamphetamine juga meningkat pada tahun 2020 berbanding tahun 2019.  “Kematian kokain … The post Kematian akibat ‘overdose’ dadah meningkat 30 peratus di AS appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S3ltqX