Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2021

45 penduduk Palestin ditangkap dalam tempoh 3 hari

Imej
BAITULMAQDIS, 19 Syawal 1442H, Isnin– Rejim pengganas Israel terus bersikap tidak berperikemanusiaan apabila menangkap sembilan warga Palestin selepas satu serangan di Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Anadolu. Dalam kejadian semalam, Persatuan Tahanan Palestin (PPS) berkata, tangkapan berkenaan dilakukan di bandar Jenin, Ramallah, Bethlehem, Hebron dan Baitulmaqdis Timur. Tangkapan itu turut membabitkan seorang pemimpin kanan … The post 45 penduduk Palestin ditangkap dalam tempoh 3 hari appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0lQdN

Mesir longgarkan sekatan COVID-19

Imej
KAHERAH, 19 Syawal 1442H, Isnin – Mesir akan menarik semula sekatan yang dikenakan pada bulan ini bagi mengekang penyebaran coronavirus, termasuk penutupan awal kedai dan restoran mulai Selasa ini, kata Kabinet. Sejak 6 Mei, kedai, pusat membeli-belah dan restoran perlu ditutup pada jam 9 malam susulan peningkatan jangkitan. Mesir mengenakan langkah tegas pada awal pandemik, … The post Mesir longgarkan sekatan COVID-19 appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0lQcF

Hina Agong: SKMM perlu sekat video Iswardy Morni

Imej
BANGI, 18 Syawal 1442H, Ahad – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu segera menyekat rakaman tular Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni yang didakwa berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Menyuarakan gesaan itu, Ketua Komunikasi dan Multimedia Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Rashidi Haris menggesa kerajaan mengeluarkan perintah … The post Hina Agong: SKMM perlu sekat video Iswardy Morni appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0kT0Q

Virus merebak cepat, PBB mahu pengeluaran vaksin digandakan

Imej
GENEVA, 18 Syawal 1442H, Ahad – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mahu dunia menggandakan pengeluaran vaksin dengan dos yang lebih adil untuk mengurangkan kemarahan di beberapa negara. Bercakap pada Sidang Kemuncak Penyelesaian Global di Berlin, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, 1.7 bilion dos vaksin COVID-19 telah diedarkan di seluruh dunia, namun ia menggambarkan ketidaksamaan pengedarannya … The post Virus merebak cepat, PBB mahu pengeluaran vaksin digandakan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0hp9p

Bukit Aman siasat dakwaan menteri lalu SJR di Perasing tanpa surat kebenaran

Imej
KUALA LUMPUR, 18 Syawal 1442H, Ahad – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas inkuiri berhubung dakwaan seorang menteri yang melalui sekatan jalan raya (SJR) di Perasing, Kemaman di Terengganu, pada 16 Mei lepas, tanpa surat kebenaran rentas negeri. Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Dev Kumar berkata, PDRM akan memanggil semua pihak yang … The post Bukit Aman siasat dakwaan menteri lalu SJR di Perasing tanpa surat kebenaran appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0hp6b

Kabinet akan putus sama ada jemaah dibenar tunai haji

Imej
KOTA BHARU, 17 Syawal 1442H, Sabtu – Satu mesyuarat Kabinet bakal diadakan dalam tempoh terdekat untuk memutuskan sama ada kerajaan akan meneruskan penghantaran jemaah haji tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary. Beliau berkata pihaknya turut difahamkan sudah ada beberapa negara yang telah memutuskan untuk tidak … The post Kabinet akan putus sama ada jemaah dibenar tunai haji appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0gwPy

Tak berkesudahan, lagi penduduk Palestin ditembak mati Zionis

Imej
NABLUS, 17 Syawal 1442H, Sabtu – Tentera rejim pengganas Israel menembak mati seorang lelaki Palestin ketika serangan di Tebing Barat yang diduduki. Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Zakaria Hamayel, 28, terkena peluru ketika bantahan menentang pengembangan penempatan Israel di perkampungan Beita, selatan Nablus. Semalam, ratusan penduduk Palestin berkumpul menyertai bantahan berhampiran Nablus. Sementara itu, tentera Israel … The post Tak berkesudahan, lagi penduduk Palestin ditembak mati Zionis appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0f8XJ

‘Total lockdown’ langkah wajar: Ahli ekonomi

Imej
KUALA LUMPUR, 17 Syawal 1442H, Sabtu – Ahli ekonomi berpendapat penutupan penuh atau total lockdown sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun ini yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah langkah sewajarnya untuk menangani lonjakan kes COVID-19. Sehubungan itu, mereka berpandangan satu lagi pusingan rangsangan ekonomi amat … The post ‘Total lockdown’ langkah wajar: Ahli ekonomi appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0f8Sg

Kes COVID-19 cecah 8,290 hari ini, rakyat desak ‘total lockdown’!

BANGI, 16 Syawal 1442H, Jumaat – Rata-rata rakyat Malaysia mempersoalkan kerajaan yang masih tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh atau ‘total lockdown’, susulan jangkitan COVID-19 hari ini mencecah 8,290 kes iaitu tertinggi setakat ini. Menerusi komen di laman sosial Facebook, pengguna dikenali Jas Ni berkata, kerajaan hanya menghabiskan wang dengan sia-sia selagi PKP … The post Kes COVID-19 cecah 8,290 hari ini, rakyat desak ‘total lockdown’! appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0d0PX

Pelajar di UK berdepan hukuman kerana sokong Palestin

Imej
LONDON, 16 Syawal 1442H, Jumaat – Serangan terbaharu Israel ke atas penduduk Palestin di wilayah-wilayah yang dijajah di Semenanjung Gaza dan Baitulmaqdis Timur tidak hanya menimbulkan demonstrasi besar-besaran di jalan-jalan di United Kingdom (UK) tetapi juga di sekolah-sekolah, lapor Anadolu Agency. Protes pro-Palestin meletus di sejumlah sekolah di seluruh UK sebagai tindak balas terhadap serangan … The post Pelajar di UK berdepan hukuman kerana sokong Palestin appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0ZPSJ

COVID-19: Wanita 2 dos vaksin cetus kluster baharu di Sabah

Imej
KOTA KINABALU, 16 Syawal 1442H, Jumaat – Seorang wanita berumur 53 tahun yang telah lengkap menerima dua dos vaksin pada Mac lepas, dikesan menjadi kes indeks dalam kluster baharu di Sabah, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun. Beliau yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata, Kluster Desa Ranggu di Tawau … The post COVID-19: Wanita 2 dos vaksin cetus kluster baharu di Sabah appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0ZPPM

Patuh SOP sementara capai tahap imuniti kelompok

Imej
BANGI, 15 Syawal 1442H, Khamis – Semua pihak perlu memainkan peranan dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 yang ketika ini merekodkan kes lebih 7,000 sehari. Dalam hal ini, kita tidak boleh bergantung kepada kerajaan semata-mata, kata Ketua Unit Penyelidikan Risiko Ekonomi dan Politik, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin. “Apa lebih … The post Patuh SOP sementara capai tahap imuniti kelompok appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0Y97H

Qatar janji salur A$500 juta untuk bina semula Gaza

Imej
DUBAI, 15 Syawal 1442H, Khamis – Qatar berjanji akan menyalurkan AS$500 juta untuk menyokong pembinaan semula di Semenanjung Gaza setelah serangan Israel berskala besar selama 11 hari di wilayah itu. Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Qatar dan Menteri Luar Negeri, Sheikh Mohammed bin Abdul Rahman Al Thani menerusi akaun Twitter beliau semalam. Janji … The post Qatar janji salur A$500 juta untuk bina semula Gaza appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0VVtb

Hamas takkan sentuh satu sen pun bantuan Gaza

Imej
GAZA, 15 Syawal 1442H, Khamis – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) berikrar tidak menyentuh ‘satu sen pun’ bantuan antarabangsa untuk membina semula Gaza susulan serangan negara pengganas Israel yang merosakkan wilayah yang diperintahnya. Ketua sayap politik kumpulan itu, Yahya Sinwar menjanjikan pengagihan bantuan secara telus dan tidak berat sebelah selepas serangan 11 hari ditamatkan. Usaha … The post Hamas takkan sentuh satu sen pun bantuan Gaza appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0VVpZ

Mangsa kemalangan LRT layak terima faedah PERKESO

Imej
BANGI, 14 Syawal 1442H, Rabu – Mangsa kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya Isnin lalu, yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) layak menerima bantuan faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan. Ini kerana, di bawah Akta 4, PERKESO menyediakan perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan ketika sedang bekerja atau ketika perjalanan pergi … The post Mangsa kemalangan LRT layak terima faedah PERKESO appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0TFRj

WhatsApp sekat akaun 17 wartawan Palestin

Imej
GAZA, 14 Syawal 1442H, Rabu – Aplikasi WhatsApp didakwa menyekat akaun wartawan Palestin bagi mengelakkan mereka berkomunikasi dengan sumber, editor dan dunia di luar Semenanjung Gaza.  Menurut Associated Press, 17 wartawan di Gaza mengesahkan akaun WhatsApp mereka disekat – selepas gencatan senjata Jumaat lalu.  Sekatan aplikasi berkenaan termasuk ketua wartawan Al Jazeera, Wael al-Dahdouh dan … The post WhatsApp sekat akaun 17 wartawan Palestin appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0QcW9

Iron Dome Israel tertembak dron milik rejim sendiri

Imej
TEL AVIV, 14 Syawal 1442H, Rabu – Sistem pertahanan negara haram Israel ‘Iron Dome’ secara tidak sengaja menembak jatuh dron miliknya sendiri ketika serangan di Semenanjung Gaza, lapor media tempatan. “Sistem Iron Dome secara tidak sengaja memintas dron rejim Israel ketika perang di Gaza baru-baru ini,” kata sumber tentera yang dipetik oleh Perbadanan Penyiaran Awam … The post Iron Dome Israel tertembak dron milik rejim sendiri appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0QcSl

Masa depan Palestin pasca gencatan senjata masih kabur

Imej
BANGI, 13 Syawal 1442H, Selasa – Masa depan Palestin pasca gencatan senjata setakat hari ini masih kabur dan tidak memberi harapan serta keyakinan baharu. Ini terbukti apabila Semenanjung Gaza masih tetap dikepung rejim Zionis sama ada di darat, laut dan udara, kata Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Felo Kehormat di Institute of Arab … The post Masa depan Palestin pasca gencatan senjata masih kabur appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0PMhl

Bangladesh buang ‘kecuali Israel’ di pasport

Imej
DHAKA, 13 Syawal 1442H, Selasa – Pasport Bangladesh tidak akan lagi tertera dengan tulisan “sah di semua negara kecuali Israel”. Menteri Luar Negeri Bangladesh AK Abdul Momen berkata, pembatalan itu telah dilakukan enam bulan lalu bagi memudahkan pentadbiran negara berkenaan. “Langkah ini tidak akan mempengaruhi pendirian kami kerana kami penyokong kuat Palestin,” katanya. Sementara itu, … The post Bangladesh buang ‘kecuali Israel’ di pasport appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0LjHW

Mangsa tren terpelanting akibat impak kuat pelanggaran

Imej
KUALA LUMPUR, 13 Syawal 1442H, Selasa  – Tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lagi tren berdekatan Stesen LRT KLCC di sini awal malam tadi, dipercayai berhenti selama 15 minit dan bergerak semula selama beberapa saat sebelum berlanggar. Menceritakan kejadian mencemaskan itu, Afiq Luqman Mohd Baharudin, 27, berkata, … The post Mangsa tren terpelanting akibat impak kuat pelanggaran appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0LjCc

Nota suara, video tular berkait Abu Sayyaf tidak benar: ESSCom

Imej
TAWAU, 12 Syawal 1442H, Isnin  – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menafikan dakwaan berlaku kejadian kumpulan Abu Sayyaf menangkap penduduk kampung dan memotong anggota badan di dalam hutan di Sabah seperti nota suara yang tular menerusi aplikasi WhatsApp. Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, nota suara meminta penduduk berhati-hati yang tular bersama … The post Nota suara, video tular berkait Abu Sayyaf tidak benar: ESSCom appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0KSqK

Melayu bila ada duit sikit, beli kereta mewah…bila nak beli rumah

Imej
RATA-rata saya tengok orang Melayu suka ‘menayang’ kemewahan. Ada kereta mewah sikit, tayang. Dapat isteri (suami) artis selebriti, tayang. Dah bersalah, tak mengaku bersalah. Sudahlah begitu, pergi ke mahkamah, parkir kereta depan pintu mahkamah, sebab nak tayang. Ustaz yang kahwin dengan selebriti pun terbawa-bawa perangai sama. Ustaz pun dah tak jadi ustaz. Nak tayang sama, … The post Melayu bila ada duit sikit, beli kereta mewah…bila nak beli rumah appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0H09d

Belanjawan 2022 tumpu soal bantu rakyat: PM

Imej
KUALA LUMPUR, 12 Syawal 1442H, Isnin – Usaha membantu rakyat khususnya dalam menangani kesan pandemik COVID-19 akan menjadi tumpuan Belanjawan 2022, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Kalau ada duit kita akan gunakan berapa ratus bilion pun untuk bantu rakyat dan itu akan datang insya-Allah,” katanya dalam Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 eksklusif bersama … The post Belanjawan 2022 tumpu soal bantu rakyat: PM appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0H06J

Apa di sebalik normalisasi?

Imej
NORMALISASI bukan sahaja berkaitan dengan hubungan diplomatik semata mata. Ianya bermula dengan Perjanjian Camp David tahun 1978 antara Mesir dengan Israel selepas peperangan Mesir-Israel tahun 1973 yang berpihak kepada Mesir. Mesir telah dapat mengambil semula Semenanjung Sinai. Usaha dari Presiden AS ketika itu Jimmy Carter sebagai orang tengah mendamaikan antara Mesir dan Israel. Hasilnya, Israel … The post Apa di sebalik normalisasi? appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0Fwj1

Polis P.Pinang panggil beberapa saksi bantu siasatan tawaran vaksin

Imej
GEORGE TOWN, 11 Syawal 1442H, Ahad – Polis Pulau Pinang akan merekodkan keterangan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung individu kononnya menawarkan sumbangan vaksin COVID-19 keluaran Sinovac untuk negeri itu. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, setakat ini pihaknya menerima enam laporan polis daripada beberapa individu mewakili parti politik termasuk daripada pejabat … The post Polis P.Pinang panggil beberapa saksi bantu siasatan tawaran vaksin appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0D9rf

Bebaskan Palestin!

Imej
LONDON, 11 Syawal 1442H, Ahad – Ribuan penunjuk perasaan pro-Palestin melakukan perarakan di London dan bandar-bandar Britain  bagi membantah serangan negara haram Israel di Semenanjung Gaza.  Ketika bantahan, penunjuk perasaan menggesa melakukan sekatan ke atas Israel. Terdapat antara mereka yang mengenakan pakaian menggunakan bendera Palestin serta memancarkan cahaya berwarna hijau dan merah tanda sokongan ke atas … The post Bebaskan Palestin! appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0D9pY

12 lelaki dikompaun berkumpul, solat jemaah tanpa kebenaran

Imej
SEREMBAN, 10 Syawal 1442H, Sabtu – Seramai 12 lelaki termasuk seorang warga asing dikenakan kompaun kerana berkumpul dan menunaikan solat berjemaah tanpa kebenaran dalam ruang sebuah premis di Nilai di sini pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, tindakan diambil selepas serbuan dilakukan sepasukan anggota polis bersama penguat kuasa Jabatan … The post 12 lelaki dikompaun berkumpul, solat jemaah tanpa kebenaran appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S0C7p2

Enam terbunuh dalam perhimpunan pro-Palestin di Pakistan

Imej
ISLAMABAD, 10 Syawal 1442H, Sabtu – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam serangan letupan bom pada perhimpunan pro-Palestin di wilayah barat daya Pakistan, kata para pegawai. “Letupan itu berlaku di jalan yang sibuk di wilayah Chaman, yang bersempadan dengan Afghanistan,” kata jurucakap pemerintah Punjab, Liaquat Shahwani kepada Anadolu Agency. Letupan itu … The post Enam terbunuh dalam perhimpunan pro-Palestin di Pakistan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S09JvC

PKPD Perak: Hanya 12 jemaah dibenar solat di masjid, surau

Imej
IPOH, 10 Syawal 1442H, Sabtu – Hanya 12 orang jemaah terbatas kepada Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah dibenarkan untuk solat Jumaat, solat fardu dan solat jenazah di masjid dan surau di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Perak. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin berkata, Sultan Perak Sultan … The post PKPD Perak: Hanya 12 jemaah dibenar solat di masjid, surau appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S09JrX

Penggunaan katil ICU COVID-19 sudah capai 83 peratus

Imej
BANGI, 9 Syawal 1442H, Jumaat – Malaysia sudah mencapai 83 peratus kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) COVID-19 di seluruh negara setakat 20 Mei, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Menerusi data yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia hari ini, sebanyak 11 negeri sudah mencapai kadar penggunaan katil yang tinggi melebihi 70 peratus. … The post Penggunaan katil ICU COVID-19 sudah capai 83 peratus appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S084Jm

200,000 penduduk terjejas, negara penjajah sengaja bom saluran paip utama

Imej
GAZA, 9 Syawal 1442H, Jumaat – Biarpun Semenanjung Gaza kini meraikan kemenangan setelah 11 hari berdepan serangan pengganas Israel, wilayah itu terpaksa menanggung kemusnahan teruk khususnya pada kediaman dan kemudahan awam.  Ini termasuk tindakan rejim yang sengaja menyasarkan dua saluran paip air di kawasan Al-Saftawi sehingga menjejaskan bekalan kepada 20 peratus penduduk di Gaza, kata … The post 200,000 penduduk terjejas, negara penjajah sengaja bom saluran paip utama appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S05SzD

Zionis menyerah kalah! Gaza rai kemenangan selepas 11 hari pertempuran

Imej
GAZA, 9 Syawal 1442H, Jumaat – Tembakan bunga api menghiasi ruang udara Semenanjung Gaza meraikan kemenangan pejuang Palestin terhadap pertempuran selama 11 hari, selepas pengganas Israel secara rasmi menerima cadangan Mesir untuk melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat.  Keputusan rejim Tel Aviv itu secara tidak langsung memberi isyarat kemenangan kepada Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan … The post Zionis menyerah kalah! Gaza rai kemenangan selepas 11 hari pertempuran appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S05SwD

PKP: Antara nyawa, harta

Imej
1. MEMANG ramai yang akan terkesan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh seperti mana yang pernah dikuatkuasakan melalui PKP1.0 sebelum ini. 2. Ramai yang menyangka juga hanya pekerja yang bekerja sendiri atau dari kalangan usahawan mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) paling terkesan. Tetapi sebenarnya jangan kita lupa juga, bahawa yang makan gaji turut … The post PKP: Antara nyawa, harta appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S043Pp

UNRWA desak Israel buka laluan untuk hantar bantuan ke Gaza

Imej
GAZA, 8 Syawal 1442H, Khamis – Agensi Kerja dan Bantuan Palestin (UNRWA) menggesa Israel membuka laluan penghantaran bantuan ke Semenanjung Gaza yang dikepung – di tengah-tengah serangan negara haram itu terhadap Palestin. Dalam satu kenyataan, UNRWA menegaskan, pihak tidak mendapat persetujuan akses kritikal ke Gaza untuk membawa bekalan kemanusiaan yang penting. Bekalan tersebut bagi membantu … The post UNRWA desak Israel buka laluan untuk hantar bantuan ke Gaza appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S01NVV

Rakyat negara haram Israel melancong ke UAE

Imej
ABU DHABI, 8 Syawal 1442H, Khamis – UAE dilaporkan tetap membenarkan penerbangan dan lawatan terus ke pulau Socotra, Yaman walaupun tidak mendapat kebenaran pemerintah. Menurut sumber tempatan, ratusan pelancong asing telah tiba di sana sejak beberapa hari lalu menggunakan visa yang diberikan oleh Abu Dhabi kepada mereka. Awal bulan ini seorang penasihat Kementerian Penerangan, Mukhar … The post Rakyat negara haram Israel melancong ke UAE appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S01NRP

Tunjuk perasaan di konsulat negara haram seluruh AS tanda sokongan terhadap Palestin

Imej
WASHINGTON, 7 Syawal 1442H, Rabu – Ribuan orang mengadakan tunjuk perasaan sebagai lambang solidariti dengan Palestin di hadapan kedutaan Israel di seluruh Amerika Syarikat (AS) pada Selasa. Di Washington, DC, ratusan penunjuk perasaan berhimpun di kedutaan, memprotes serangan Israel dan sokongan pentadbiran Joe Biden terhadap Tel Aviv. Penunjuk perasaan membawa bendera dan sepanduk bertulis: “Bebaskan … The post Tunjuk perasaan di konsulat negara haram seluruh AS tanda sokongan terhadap Palestin appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RzzxzL

Biadab! Israel hina al-Quran ketika bom Gaza

Imej
TEL AVIV, 7 Syawal 1442H, Rabu – Negara haram Israel telah membangkitkan kemarahan umat Islam apabila memetik ayat suci al-Quran bagi membenarkan pengebomannya ke Gaza. Tindakan hina terbaru negara Zionis itu dapat dilihat di akaun Twitter Arab Israel yang mana berkongsi foto kemusnahan di kawasan terkepung di samping ayat-ayat dari Surah al-Fil. Tindakan itu menerima … The post Biadab! Israel hina al-Quran ketika bom Gaza appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RzxN8H

Negara haram Israel tutup sempadan, sekat bantuan ke Gaza

Imej
GAZA, 7 Syawal 1442H, Rabu – Sekumpulan konvoi trak bantuan antarabangsa yang dalam perjalanan ke Gaza melalui Karem Abu Salem (Kerem Shalom) – sebuah persimpangan sempadan dengan Israel – dihentikan susulan tindakan negara pengganas menutup persimpangan dengan alasan serangan mortar di kawasan berkenaan. Langkah pada hari Selasa dilakukan sejurus selepas COGAT – unit ketenteraan yang … The post Negara haram Israel tutup sempadan, sekat bantuan ke Gaza appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RzxN2g

Polis Sabah tembak mati lima anggota Abu Sayyaf

KOTA KINABALU, 6 Syawal 1442H, Selasa – Polis Sabah menembak mati lima anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf dalam operasi khas, yang dijalankan di sebuah kawasan setinggan di paya bakau berhampiran Taman Sri Arjuna, Beaufort pada jam 11.27 pagi semalam. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, salah seorang daripada suspek itu adalah ‘sub leader’ kumpulan … The post Polis Sabah tembak mati lima anggota Abu Sayyaf appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rzvz8n

Pekerja pelabuhan Itali enggan sokong hantar senjata ke negara haram

Imej
ROM, 6 Syawal 1442H, Selasa – Para pekerja di pelabuhan Livorno, Itali menolak untuk memuatkan kelengkapan persenjataan ke dalam kapal yang bakal dihantar ke negara haram Israel. Pertubuhan pekerja di pelabuhan itu L’Unione Sindacale berkata, peralatan senjata api dan bahan letupan berkenaan akan membunuh ratusan penduduk Palestin termasuk kanak-kanak. Pertubuhan itu berkata, pihaknya akan menganjurkan … The post Pekerja pelabuhan Itali enggan sokong hantar senjata ke negara haram appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RzsNTP

Kerajaan kerjasama dengan NGO pastikan sumbangan sampai ke Palestin

Imej
KUALA LUMPUR, 6 Syawal 1442H, Selasa – Kerajaan akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dalam perkara berhubung penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin bagi memastikan sumbangan derma yang terkumpul sampai kepada saluran yang betul, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata NGO tempatan … The post Kerajaan kerjasama dengan NGO pastikan sumbangan sampai ke Palestin appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RzsNQf

Perguna rakyat Palestin demi survival politik, heret segera Netanyahu ke ICC

Imej
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin BANGI, 5 Syawal 1442H, Isnin – Pemimpin kumpulan pengganas Zionis, Benjamin Netanyahu perlu segera diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas kesalahan jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin. Umum tahu, bahkan seperti yang didedahkan bekas Menteri Pertahanan dan ketua parti Yisrael Beitenu, Avigdor Lieberman bahawa: “Tujuan strategik operasi (ketenteraan) … The post Perguna rakyat Palestin demi survival politik, heret segera Netanyahu ke ICC appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rzr02F

Kontroversi penggunaan istilah ‘militan’

SUDAH sampai masanya penerbit dan pembaca berita diambil sama dalam kalangan Cina muslim. Penggunaan istilah militan kepada umat Islam Palestin, langsung tidak boleh diterima, sekalipun amaran telah diberikan. Tatkala umat Islam Palestin sedangkan bergelut mempertahankan hak dan tanah air sendiri daripada Yahudi Zionis laknatullah. Jika media asing yang melaporkan masih boleh diterima, tetapi ini media … The post Kontroversi penggunaan istilah ‘militan’ appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RznT8Y

Hospital Sungai Buloh sedia kontena khas simpan jenazah pesakit COVID-19

Imej
KUALA LUMPUR, 5 Syawal 1442H, Isnin – Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah atau mayat mangsa COVID-19. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi hantaran di Twitter memaklumkan enam lagi kematian dilaporkan di hospital berkenaan semalam. Menurut kenyataan itu, lebih 80 peratus kematian akibat jangkitan COVID-19 di negara … The post Hospital Sungai Buloh sedia kontena khas simpan jenazah pesakit COVID-19 appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RznT4P

300 kg ikan dirampas, bot bersama empat kru Thailand ditahan

Imej
LUMUT, 4 Syawal 1442H, Ahad  – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama empat kru warga Thailand dan merampas 300 kilogram hasil ikan kerana dipercayai melanggar syarat sah lesen di 7.7 batu nautika timur laut Pulau Jarak, Jumaat lepas. Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, tangkapan dilakukan … The post 300 kg ikan dirampas, bot bersama empat kru Thailand ditahan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RzmKSL

Pesawat perang Zionis musnahkan bangunan media di Gaza

Imej
GAZA, 4 Ramadan 1442H, Ahad – Pesawat perang rejim pengganas Israel bertindak memusnahkan bangunan pejabat agensi media antarabangsa di Gaza termasuk Al Jazeera dan Associated Press (AP). Dalam kejadian yang berlaku semalam, Menara al-Jalaa yang mempunyai 13 tingkat menempatkan 60 unit pejabat termasuk pejabat media, firma undang-undang dan kesihatan. Seorang wartawan Agensi Anadolu yang juga … The post Pesawat perang Zionis musnahkan bangunan media di Gaza appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RzkgyF

Kerajaan Islam dunia digesa bangkit dukung perjuangan Palestin

KUALA LUMPUR, 4 Syawal 1442H, Ahad – Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap kerajaan Islam dunia bangkit secara proaktif mendukung perjuangan Palestin dalam mempertahankan kedaulatannya dan menentang rejim Zionis Israel. Beliau berkata dalam keadaan sekarang, masyarakat Muslim dunia sepatutnya bersama-sama mendukung kebangkitan rakyat Palestin yang sudah bersatu bukan … The post Kerajaan Islam dunia digesa bangkit dukung perjuangan Palestin appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rzkgtd

Malaysia perlu gerak PBB, OIC tekan pengganas Israel

Imej
BANGI, 3 Syawal 1442H, Sabtu – Malaysia perlu menggerakkan semua kesatuan antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk memberi tekanan ke atas pengganas Israel. Pada masa sama, kerajaan juga perlu bersatu dengan negara-negara Islam lain dalam  membela nasib rakyat Palestin dan menjaga kesucian Masjid Al-Aqsa daripada terus dicemari oleh kebobrokan … The post Malaysia perlu gerak PBB, OIC tekan pengganas Israel appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RzjYhP

Syria lancar tiga roket ke negara haram Israel

Imej
TEL AVIV, 3 Syawal 1442H, Sabtu – Tiga roket dilancarkan dari Syria ke arah negara pengganas Israel lewat Jumaat di tengah-tengah himpunan solidariti bersama rakyat Palestin semalam. Bagaimanapun salah satu roket gagal dilancarkan – jatuh di sisi sempadan Syria – manakala dua yang lain jatuh di kawasan terbuka, menyebabkan siren berbunyi. Briged Tahir Palestin yang … The post Syria lancar tiga roket ke negara haram Israel appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RzgsGK

132 terkorban mangsa keganasan rejim penjajah

Imej
BAITULMAQDIS, 3 Syawal 1442H, Sabtu – Pesawat rejim Israel meningkatkan serangan udara di Gaza pada awal Sabtu, sementara Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) bertindak balas dengan menembak roket ke negara pengganas itu. Pegawai perubatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam satu daripada beberapa serangan udara di utara Gaza. Penduduk berkata, kapal tentera laut Israel … The post 132 terkorban mangsa keganasan rejim penjajah appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RzgsD2

Berlagak mangsa! Israel terdesak sebar video propaganda konon diserang

Imej
RAMALLAH, 2 Syawal 1442H, Jumaat – Berlagak seperti mangsa! Itulah tindakan yang cuba ditonjolkan rejim penjajah Israel ketika ini, meskipun Tel Aviv kini sudah membunuh 103 nyawa Palestin di Semenanjung Gaza.  Sejak malam tadi, tentera pengganas Israel memuat naik video propaganda di Twitter yang ditujukan kepada masyarakat Barat, kononnya mereka adalah mangsa keganasan.  Video itu … The post Berlagak mangsa! Israel terdesak sebar video propaganda konon diserang appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RzfRRH

Lubnan tembak 3 roket ke Israel

Imej
TEL AVIV, 2 Syawal 1442H, Jumaat – Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan tiga roket dari Lubnan ditembak ke utara Israel pada lewat semalam.  Dalam satu kenyataan, IDF mendakwa, roket berkenaan mendarat di laut kawasan Galilee. Bagaimanapun, siren amaran tidak diaktifkan.  Terdahulu, laman web berita Lebanon 24 yang memetik sumber keselamatan negara mendakwa, roket itu ditembak … The post Lubnan tembak 3 roket ke Israel appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rzc8gt

Korban darah di Gaza kini 103 orang

Imej
BAITULMAQDIS, 2 Syawal 1442H, Jumaat – Dalam keadaan umat Islam seluruh dunia gembira meraikan sambutan Hari Raya Aidilftri, rakyat Palestin terus bermandi darah akibat serangan berterusan rejim pengganas Israel di Semenanjung Gaza. Menurut Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan pada Khamis, serangan ganas Israel di wilayah itu kini sudah mengorbankan 103 orang. Jumlah kematian terbaharu … The post Korban darah di Gaza kini 103 orang appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rzc8gL

Gelar Hamas militan, cukupkah sekadar mohon maaf?

Imej
BANGI, 1 Syawal 1442H, Khamis  – Biadab sekali! Cukupkah hanya permohonan maaf?  Demikian tempelak mantan Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Omar Kassim terhadap tindakan pihak Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) berhubung isu laporan Berita Mandarin yang menggelar Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sebagai militan. Sebelum ini, berita Mandarin yang disiarkan RTM menyatakan, “Kumpulan … The post Gelar Hamas militan, cukupkah sekadar mohon maaf? appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RzZd2w