Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2021

Roboh rumah: Zionis rancang bina taman pelancongan di sekitar Al-Aqsa?

Imej
BAITULMAQDIS, 19 Zulkaedah 1442H, Rabu – Negara pengganas Israel merobohkan sebuah kedai daging dan menyerang penduduk Palestin ketika menyerbu kawasan kejiranan al-Bustan di Baitulmaqdis Timur yang diduduki. Al-Bustan adalah salah satu kawasan kejiranan Palestin yang terletak di selatan kota tua Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa, yang mana kediaman di sana berdepan ancaman perobohan Israel untuk membuka … The post Roboh rumah: Zionis rancang bina taman pelancongan di sekitar Al-Aqsa? appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2lGVl

Kapal penumpang tenggelam di Selat Bali, 6 ditemui terkorban

Imej
JAKARTA, 19 Zulkaedah 1442H, Rabu – Sebuah kapal penumpang yang membawa 41 penumpang dan 12 kru kapal, tenggelam dipercayai akibat arus kuat di Selat Bali, Indonesia pada Selasa. Menurut kenyataan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), dalam kejadian pukul 7.12 malam waktu Indonesia Timur itu, kapal KMP Yunice dalam perjalanan dari Pelabuhan Ketapang, Banyuwangi … The post Kapal penumpang tenggelam di Selat Bali, 6 ditemui terkorban appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2lGRh

Tak matang guna Parlimen jatuhkan kerajaan

Imej
BANGI, 18 Zulkaedah 1442H, Selasa – Tindakan menggunakan Parlimen bagi menjatuhkan sesuatu kerajaan bukan budaya demokrasi matang. Sebaliknya, penganalisis politik dan ekonomi sosial, Datuk M Periasamy berkata, pilihan raya umum adalah medan terbaik bagi menguji kekuatan parti politik dalam satu sistem politik demokrasi. Seperti diketahui, kerajaan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi Parlimen dan Raja Berpelembagaan. Perlembagaan … The post Tak matang guna Parlimen jatuhkan kerajaan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2k5JP

Indonesia benar vaksin Sinovac untuk individu 12 tahun ke atas

Imej
JAKARTA, 18 Zulkaedah 1442H, Selasa – Presiden Indonesia, Joko Widodo mengumumkan proses vaksinasi COVID-19 bagi individu berusia 12 tahun hingga 17 tahun akan segera dimulakan tidak lama lagi. Katanya, keputusan itu dibuat setelah Agensi Makanan dan Ubat Negara (BPOM) meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Sinovac Biotech untuk  individu berusia 12 tahun.  Dalam satu kenyataan, Jokowi berkata, … The post Indonesia benar vaksin Sinovac untuk individu 12 tahun ke atas appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2gLbg

Misi pengaman PBB mungkin ditutup

Imej
NEW YORK, 18 Zulkaedah 1442H, Selasa – Misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di seluruh dunia bersedia kemungkinan ditutup pada hari Khamis sekiranya Majlis Agung yang dianggotai 193 anggota tidak bersetuju bajet baharu AS$6bilion untuk tahun ini hingga 30 Jun 2022. Sebilangan diplomat menyalahkan perubahan prosedur perundingan, masalah logistik dan perbincangan sulit yang menyebabkan China … The post Misi pengaman PBB mungkin ditutup appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2gLXp

PM umum Pakej PEMULIH petang ini

Imej
KUALA LUMPUR, 17 Zulkaedah 1442H, Isnin – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas mengenai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 5 petang ini. Berdasarkan poster dikongsi di akaun Facebooknya, pengumuman ini akan disiarkan di Bernama TV, RTM, TV3, Astro Awani dan TV Alhijrah. Semalam, Muhyiddin pada satu sidang media … The post PM umum Pakej PEMULIH petang ini appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2fBhz

Gender ketiga: Usahkan rombak SUHAKAM, arah padam iklan kajian pun tidak

Imej
BANGI, 17 Zulkaedah 1442H, Isnin – Kerajaan sehingga kini masih tidak mengambil tindakan terhadap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), meskipun genap dua minggu agensi itu mengumumkan rancangan kajian ke arah pengiktirafan gender ketiga di Malaysia secara legislatif. Usahkan mahu merombak atau memberi amaran kepada SUHAKAM, bahkan mengarah untuk iklan kajian berkenaan dipadamkan daripada laman … The post Gender ketiga: Usahkan rombak SUHAKAM, arah padam iklan kajian pun tidak appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2bXGN

7 maut termasuk kanak-kanak dalam letupan bangunan di Dhaka

Imej
DHAKA, 17 Zulkaedah 1442H, Isnin – Sekurang-kurangnya tujuh termasuk seorang kanak-kanak maut dan hampir 50 yang lain cedera dalam insiden letupan membabitkan sebuah bangunan tiga tingkat di ibu negara Bangladesh, di sini pada malam Ahad.  Ketua Pengarah Bomba dan Pertahanan Awam Bangladesh, Sazzad Hussain berkata, pihaknya membentuk jawatankuasa siasatan untuk mengenal pasti punca letupan berlaku.  … The post 7 maut termasuk kanak-kanak dalam letupan bangunan di Dhaka appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2bXC1

Realiti! ‘Total lockdown’ sekadar jaga perut taikun kilang?

Imej
BANGI, 16 Zulkaedah 1442H, Ahad – Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau lebih dikenali sebagai ‘total lockdown’ tidak ubah seolah-olah menjaga ‘perut’ taikun kilang. Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Hamdan Asadullah secara sinis mendakwa, situasi semasa membuktikan realiti politik Malaysia – yang mana kuasa diberi rakyat, namun yang dijaga … The post Realiti! ‘Total lockdown’ sekadar jaga perut taikun kilang? appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2ZXR9

Sudan potong perbelanjaan kerajaan, tingkat bajet sosial

Imej
KHARTOUM, 16 Zulkaedah 1442H, Ahad – Sudan akan memotong perbelanjaan kerajaan dan meningkatkan perbelanjaan sosial, kata Kabinet, semalam. Awal bulan ini, Sudan menghapuskan subsidi petrol dan diesel sepenuhnya, dan pada bulan Februari ia menurunkan nilai mata wangnya dan memulakan dasar pengapungan fleksibel terurus. Negara itu juga akan mengurangkan kos perjalanan luar rasmi sebanyak 50 peratus, … The post Sudan potong perbelanjaan kerajaan, tingkat bajet sosial appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2XmF7

Polis cari pemilik akaun Facebook hina institusi diraja, kerajaan

Imej
KUALA LUMPUR, 16 Zulkaedah 1442H, Ahad – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, perkauman serta jelik terhadap Institusi Diraja dan kerajaan, yang tular di media sosial. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata kenyataan itu dilihat … The post Polis cari pemilik akaun Facebook hina institusi diraja, kerajaan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2XmBm

‘Kerajaan patut beri bantuan, bukan galak rakyat pinjam ceti berlesen’

Imej
BANGI, 15 Zulkaedah 1442H, Sabtu – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengkritik langkah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggalakkan rakyat berhutang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Menyifatkan sebagai tidak masuk akal, beliau berkata, menambah beban hutang ketika ini bukanlah penyelesaian untuk rakyat keluar daripada desakan kewangan yang menghimpit. Sebaliknya, rakyat … The post ‘Kerajaan patut beri bantuan, bukan galak rakyat pinjam ceti berlesen’ appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2Wvdk

India tutup pusat beli-belah, bimbang varian Delta cetus gelombang ke-3

Imej
NEW DELHI, 15 Zulkaedah 1442H, Sabtu – Negeri paling kaya di India mengarahkan pusat membeli-belah dan pawagam ditutup bagi mengawal varian COVID-19 yang dipercayai lebih mudah merebak, selain memudahkan langkah perintah berkurung.  Sekurang-kurangnya 20 kes di negeri Maharashtra dikesan mempunyai kaitan dengan varian Delta Plus – varian yang membimbangkan India -, menurut Kementerian Kesihatan negara … The post India tutup pusat beli-belah, bimbang varian Delta cetus gelombang ke-3 appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2V3gC

73 anggota Demokrat desak Joe Biden ubah dasar Trump terhadap Palestin

Imej
WASHINGTON, 15 Zulkaedah 1442H, Sabtu – 73 anggota Demokrat di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) menandatangani surat mendesak Presiden Joe Biden mengubah polisi pentadbiran terdahulu, Donald Trump terhadap Palestin, termasuk sokongan penyelesaian dua negara.  Surat itu meminta Biden secara rasmi menarik balik rancangan bekas Presiden yang digelar sebagai ‘perjanjian abad ini’ di antara Palestin-Israel.  Pihaknya … The post 73 anggota Demokrat desak Joe Biden ubah dasar Trump terhadap Palestin appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2V3bp

Christchurch: New Zealand rancang perkukuh perundangan ucapan kebencian

Imej
WELLINGTON, 14 Zulkaedah 1442H, Jumaat – New Zealand merancang untuk memperkukuhkan undang-undang ucapan kebencian serta meningkatkan hukuman kerana menghasut kebencian dan diskriminasi. Tindakan itu sebagai respons kepada serangan oleh pengganas kulit putih di Christchurch dua tahun lalu yang membunuh 51 penduduk muslim. Langkah itu diputuskan selepas Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai serangan di Christchurch pada … The post Christchurch: New Zealand rancang perkukuh perundangan ucapan kebencian appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2T1CH

Sheikh Jarrah terus diganggu, alami ratusan pencerobohan setiap hari

Imej
BAITULMAQDIS, 14 Zulkaedah 1442H, Jumaat – Penceroboh haram Yahudi, yang dilindungi polis Israel, terus mengganggu penduduk Palestin di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis dalam usaha memaksa mereka meninggalkan rumah. Bercakap kepada agensi berita Safa, penduduk Sheikh Jarrah, Saleh Ziab mengatakan bahawa setiap hari rakyat Palestin diserbu penceroboh haram Yahudi dilindungi oleh polis pendudukan Israel. … The post Sheikh Jarrah terus diganggu, alami ratusan pencerobohan setiap hari appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2QRSh

Polis terima laporan surat palsu Hishammuddin tawar jadi PM

Imej
KUALA LUMPUR, 14 Zulkaedah 1442H, Jumaat – Polis menerima laporan berhubung surat yang mengaitkan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang kononnya menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menghadap bagi mempersembahkan jumlah sokongan Ahli-Ahli Parlimen. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 … The post Polis terima laporan surat palsu Hishammuddin tawar jadi PM appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2QRRF

Sidang Parlimen hibrid wajar dilaksana

Imej
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar BANGI, 13 Zulkaedah 1442H, Khamis – Dalam keadaan negara dilanda pandemik COVID-19 yang belum ada tanda akan berakhir, sesi persidangan Parlimen secara hibrid wajar dilaksanakan. Tindakan itu perlu sehinggalah suatu peringkat negara mencapai sekurang-kurangnya 60 hingga 80 peratus imuniti berkelompok. Menyuarakan pandangan itu, penganalisis politik, Dr Syed Agil Syed Alsagoff … The post Sidang Parlimen hibrid wajar dilaksana appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2PJDr

Krisis di Lubnan makin teruk

Imej
BEIRUT, 13 Zulkaedah 1442H, Khamis – Kes keganasan di Lubnan semakin meruncing susulan krisis ekonomi negara yang teruk ketika ini, lapor Arab News. Ini termasuk rusuhan dan tembakan di stesen minyak. Orang ramai yang beratur selama berjam-jam di stesen minyak mengakibatkan rusuhan dan tembakan. Malah, terdapat kes bunuh dari kalangan penduduk yang putus asa akibat … The post Krisis di Lubnan makin teruk appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2LcGz

40 negara desak China beri akses ke Xinjiang

Imej
OTTAWA, 13 Zulkaedah 1442H, Khamis – Lebih 40 negara mendesak China memberikan akses segera kepada ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Xinjiang. Akses itu bertujuan menyiasat laporan bahawa lebih sejuta orang telah ditahan secara haram di wilayah itu termasuk diseksa dan menjadi buruh paksa. Perkara itu dibacakan dalam satu kenyataan oleh Duta … The post 40 negara desak China beri akses ke Xinjiang appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2LcFk

3 anggota polis ditahan minta rasuah RM15,000

Imej
ALOR SETAR, 12 Zulkaedah 1442H, Rabu – Tiga anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor ditahan bagi membantu siasatan atas dakwaan meminta rasuah berjumlah RM15,000 daripada seorang individu sebagai balasan bagi melepaskan lelaki itu daripada kesalahan pemilikan dadah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah dalam kenyataan berkata pegawai polis lelaki berusia 33 tahun itu ditahan bersama … The post 3 anggota polis ditahan minta rasuah RM15,000 appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2KRRh

41 juta orang berdepan risiko kebuluran: WFP

Imej
ROM, 12 Zulkaedah 1442H, Rabu – Kira-kira 41 juta orang di seluruh dunia menghadapi risiko kebuluran, kata Program Makanan Dunia (WFP) agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam. Ia mengatakan, kenaikan harga makanan asas meningkatkan tekanan yang ada terhadap keselamatan makanan. Sebanyak setengah juta orang lagi sudah mengalami keadaan kebuluran demikian, kata Pengarah Eksekutif … The post 41 juta orang berdepan risiko kebuluran: WFP appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2Gncb

PPV KPJ mampu beri vaksin kepada 6,000 orang sehari pada akhir Jun

Imej
KUALA LUMPUR, 12 Zulkaedah 1442H, Rabu – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KPJ akan mampu memberi vaksin kepada lebih 6,000 orang sehari apabila keseluruhan 21 PPV KPJ dibangunkan menjelang akhir bulan ini. KPJ menerusi kenyataan berkata jumlah itu adalah kira-kira empat peratus daripada 150,000 vaksinasi harian yang disasarkan di seluruh negara. “Di peringkat Kumpulan, KPJ mempunyai … The post PPV KPJ mampu beri vaksin kepada 6,000 orang sehari pada akhir Jun appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2Gnb5

KPM perlu beri keutamaan 3 aspek ambil guru baharu

Imej
KUALA LUMPUR, 11 Zulkaedah 1442H, Selasa – Kementerian Pendidikan (KPM) diharapkan memberi keutamaan kepada aspek kualiti, kemahiran dan minat calon guru yang akan dipilih kelak dalam mengisi kekosongan jawatan guru di sekolah-sekolah di seluruh negara, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Adnan Mat. Beliau berkata walaupun kerajaan dilihat serius dan ingin … The post KPM perlu beri keutamaan 3 aspek ambil guru baharu appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2FcM4

UNRWA lancar rayuan kemanusiaan, pemulihan bernilai RM679 juta untuk Gaza

Imej
RAMALLAH, 11 Zulkaedah 1442H, Selasa – Agensi Kerja dan Bantuan Pelarian Palestin (UNRWA) melancarkan, rayuan kemanusiaan dan pemulihan awal berjumlah AS$164 juta (RM679 juta) berikutan pertempuran di Semenanjung Gaza pada Mei 2021. Rayuan yang diperbaharui itu menggabungkan tindakan kecemasan segera yang dilaksanakan UNRWA di Gaza dan Tebing Barat antara 10 dan 31 Mei, serta keperluan … The post UNRWA lancar rayuan kemanusiaan, pemulihan bernilai RM679 juta untuk Gaza appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2ByqS

Lebih 8,500 kanak-kanak diguna sebagai tentera pada 2020: PBB

Imej
NEW YORK, 11 Zulkaedah 1442H, Selasa – Lebih daripada 8,500 kanak-kanak digunakan sebagai tentera tahun lalu dalam pelbagai konflik di seluruh dunia, dan hampir 2,700 yang lain terbunuh, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Itu adalah laporan tahunan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres kepada Majlis Keselamatan mengenai konflik kanak-kanak dan bersenjata merangkumi pembunuhan, pencabulan dan penderaan … The post Lebih 8,500 kanak-kanak diguna sebagai tentera pada 2020: PBB appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S2Bymz

Polis Israel bertindak ganas serang keluarga Palestin

Imej
BAITULMAQDIS, 10 Zulkaedah 1442H, Isnin – Polis negara pengganas Israel menyerang keluarga Palestin di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur yang diduduki. Menurut saksi, polis menghalang penduduk memasuki kediaman dengan menggunakan belantan. Mereka juga didakwa menggunakan kekerasan untuk menyuraikan wartawan dan penduduk Palestin yang berada di kawasan itu bagi menyokong keluarga yang diancam pengusiran paksa. … The post Polis Israel bertindak ganas serang keluarga Palestin appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S29rft

Rejim haram Israel paksa 1,500 rakyat Palestin roboh kediaman

Imej
BAITULMAQDIS, 10 Zulkaedah 1442H, Isnin – Sikap tamak haloba negara haram Israel seperti tiada pengakhiran apabila kerap merampas tanah Palestin bagi meluaskan kawasan jajahannya. Terbaharu, seramai 1,500 penduduk Palestin dipaksa merobohkan kediaman mereka di Silwan dekat Baitulmaqdis Timur. Perkara itu didedahkan oleh seorang aktivis dan pengulas Lubnan, Sarah Abdallah menerusi ciapan di laman Twitternya, semalam. … The post Rejim haram Israel paksa 1,500 rakyat Palestin roboh kediaman appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S27JxF

Hamas janji bebaskan al-Aqsa

Imej
GAZA, 10 Zulkaedah 1442H, Isnin – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) berjanji akan membebaskan Masjid al-Aqsa daripada cengkaman negara haram Israel dalam masa terdekat. Pemimpinnya, Yahya al-Sinwar berkata, kemenangan itu akan diperoleh melalui usaha semua masyarakat Palestin dalam pertempuran di Baitulmaqdis al-Quds. Katanya, rakyat Palestin ketika ini hampir membebaskan Masjid Al-Aqsa dan mengadakan solat di … The post Hamas janji bebaskan al-Aqsa appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S27JvF

Tolak normalisasi dengan Israel!

Imej
BANGI, 9 Zulkaedah 1442H, Ahad – Seiring penolakan rakyat, kandungan manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi setiap parti politik perlu ada polisi menolak sebarang usaha normalisasi dengan negara pengganas Israel. Ketua Penerangan BERJASA, Hazwan Mohamad menegaskan, menjadi kewajipan setiap rakyat menggesa semua parti politik menolak normalisasi dengan Israel. “Saya menyeru semua parti politik untuk … The post Tolak normalisasi dengan Israel! appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S26N86

Lebih 500,000 korban COVID-19 di Brazil

Imej
SAO PAULO, 9 Zulkaedah 1442H, Ahad – Angka kematian Brazil akibat wabak COVID-19 melepasi 500,000 pada hari Sabtu, tatkala pakar memberi amaran bahawa wabak kedua paling mengerikan di dunia berkemungkinan bertambah buruk. Ini kerana vaksinasi yang tertangguh serta penolakan kerajaan untuk mengembalikan langkah-langkah penjarakan sosial. Hanya 11 peratus penduduk Brazil yang diberi vaksin sepenuhnya dan … The post Lebih 500,000 korban COVID-19 di Brazil appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S24hJq

Zikir yang membawa ke syurga

Imej
1. Rasulullah ï·º pernah mengajarkan kepada kita satu zikir yang boleh membawa kita ke syurga. Sabda Rasulullah ï·º: Ù…َÙ†ْ Ù‚َالَ : رَضِيتُ بِاللَّÙ‡ِ رَبًّا ، ÙˆَبِالْØ¥ِسْÙ„َامِ دِينًا ، ÙˆَبِÙ…ُØ­َÙ…َّدٍ رَسُولًا ، Ùˆَجَبَتْ Ù„َÙ‡ُ الْجَÙ†َّØ©ُ “Barangsiapa yang mengucapkan: Aku redha dengan Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Nabi Muhammad ï·º sebagai Rasulku, maka wajib ke … The post Zikir yang membawa ke syurga appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S24hHT

KPM perlu bantu lebih 1,000 pengusaha kantin sekolah terjejas

Imej
BANGI, 8 Zulkaedah 1442H, Sabtu – Lebih 1,000 pengusaha kantin sekolah di seluruh negara terjejas ekoran penutupan sesi persekolahan akibat wabak pandemik COVID-19. Ini kerana, sektor persekolahan akan terus ditutup sehinggalah fasa pemulihan bermula, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Justeru, beliau menyarankan Kementerian Pendidikan (KPM) supaya membantu golongan pengusaha kantin sekolah sehingga … The post KPM perlu bantu lebih 1,000 pengusaha kantin sekolah terjejas appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S23pxX

Tipu tarikh luput, PA batal terima vaksin dari Israel

Imej
RAMALLAH, 8 Zulkaedah 1442H, Sabtu – Pihak Berkuasa Palestin (PA) membatalkan perjanjian untuk menerima vaksin COVID-19 dari negara haram Israel, setelah mendapati tarikh luputnya lebih cepat daripada yang telah disepakati. Sebelum ini, Israel dan PA mengumumkan perjanjian pertukaran vaksin pada awal Jumaat, yang akan menyaksikan pemberian hingga 1.4 juta dos Pfizer-BioNTech oleh negara haram. Sebagai … The post Tipu tarikh luput, PA batal terima vaksin dari Israel appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S221hl

COVID-19: Negara masuk fasa ke-2 jika purata kes bawah 4,000

Imej
KUALA LUMPUR, 8 Zulkaedah 1442H, Sabtu – Purata kes COVID-19 di Malaysia perlu berada di bawah 4,000 kes sehari selama tujuh hari berturut-turut bagi membolehkan negara beralih ke fasa kedua mengikut Pelan Pemulihan Negara. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata selain itu kapasiti katil di unit rawatan rapi (ICU) juga perlu mencapai paras … The post COVID-19: Negara masuk fasa ke-2 jika purata kes bawah 4,000 appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S221fG

Sidang DUN: Kerajaan N. Sembilan akan mohon perkenan Agong

Imej
SEREMBAN, 7 Zulkaedah 1442H, Jumaat – Kerajaan Negeri Sembilan akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) kembali bersidang. Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata perbincangan telah diadakan bersama Speaker DUN Datuk Zulkefly Mohamad … The post Sidang DUN: Kerajaan N. Sembilan akan mohon perkenan Agong appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S20yxH

Gaza diserang lagi! Jet pejuang Israel lancar peluru berpandu

Imej
GAZA, 7 Zulkaedah 1442H, Jumaat – Jet pejuang negara haram Israel melancarkan beberapa serangan udara di Semenanjung Gaza untuk kali kedua sejak gencatan senjata mengakhiri perang 11 hari bulan lalu. Sumber-sumber Palestin di lapangan berkata, peluru berpandu rejim Zionis pada Khamis menyerang beberapa lokasi milik kumpulan bersenjata di barat laut Bandar Gaza dan utara Beit … The post Gaza diserang lagi! Jet pejuang Israel lancar peluru berpandu appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S1yS8k

PPV pandu lalu OKU akan tambah kapasiti penerima vaksin kepada 40,000

Imej
KUALA LUMPUR, 7 Zulkaedah 1442H, Jumaat – Empat puluh ribu ahli komuniti orang kurang upaya (OKU) di negara ini akan divaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu kendalian OKU Sentral di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dalam tempoh lima bulan akan datang. Pengerusi OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata Menteri Kesihatan Datuk … The post PPV pandu lalu OKU akan tambah kapasiti penerima vaksin kepada 40,000 appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S1yS3D

Fokus usaha tamatkan pandemik, bukan agenda tukar kerajaan

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, 6 Zulkaedah 1442H, Khamis – Parti BERJASA menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Titah itu jelas menunjukkan baginda sangat prihatin dengan nasib negara dan rakyat daripada pelbagai peringkat ketika tempoh krisis pandemik ini, kata Presiden … The post Fokus usaha tamatkan pandemik, bukan agenda tukar kerajaan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S1xJ0D

Penduduk Perancis kini bebas tak perlu pakai pelitup muka

Imej
PARIS, 6 Zulkaedah 1442H, Khamis – Penduduk Perancis kini bebas untuk tidak memakai pelitup muka di luar rumah mulai Ahad ini, lapor Agensi Anadolu. Bagaimanapun, pemakaian pelitup muka itu masih perlu sekiranya mereka berada di tempat sesak. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Jean Castex semalam selepas kerajaan memutuskan untuk melonggarkan sekatan kesihatan. “Kami hidup di … The post Penduduk Perancis kini bebas tak perlu pakai pelitup muka appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S1tfs7

Sokongan rakyat Palestin terhadap Hamas semakin meningkat

Imej
GAZA, 6 Zulkaedah 1442H, Khamis – Sokongan terhadap Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) yang berpusat di Gaza semakin meningkat sejak Perang Pedang al-Quds dengan rejim Zionis Israel baru-baru ini.  Menerusi tinjauan yang dilakukan Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Strategik Palestin (Masarat), 77 peratus responden mengatakan Hamas telah menang dalam perang menentang rejim penjajah Israel, lapor … The post Sokongan rakyat Palestin terhadap Hamas semakin meningkat appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S1tfr7

Wakaf instrumen kewangan sosial Islam: Raja Muda Perlis

Imej
KANGAR, 5 Zulkaedah 1442H, Rabu – Wakaf merupakan satu daripada instrumen dalam kewangan sosial Islam yang mampu memberikan impak ekonomi dan sosial kepada ummah. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah potensi wakaf cukup besar untuk dikembangkan dan ia sesuai dengan keperluan semasa. “Wakaf mempunyai jangkauan yang sangat luas sama ada dari sudut … The post Wakaf instrumen kewangan sosial Islam: Raja Muda Perlis appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S1sWXr

Israel lancar serangan udara sasar markas Hamas di Semenanjung Gaza

Imej
GAZA, 5 Zulkaedah 1442H, Rabu – Tentera udara Israel melancarkan serangan di Semenanjung Gaza pada awal hari ini, setelah mendakwa penduduk di wilayah terkepung menghantar belon api ke selatan negara haram itu.  Dalam satu kenyataan, rejim pengganas memaklumkan bahawa mereka menyerang markas Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan bersedia untuk semua situasi termasuk pertempuran baharu … The post Israel lancar serangan udara sasar markas Hamas di Semenanjung Gaza appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S1pt6V

Pelan Pemulihan Negara bolehkan kerajaan laksana perancangan lebih tersusun

Imej
KUALA LUMPUR, 5 Zulkaedah 1442H, Rabu – Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bertepatan dalam memastikan kerajaan dapat melaksanakan perancangan yang lebih tersusun mendepani pandemik COVID-19. Pensyarah Pusat Polisi Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata pelan berkenaan amat … The post Pelan Pemulihan Negara bolehkan kerajaan laksana perancangan lebih tersusun appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S1pt3x

PEMBELA desak kerajaan kaji semula peranan SUHAKAM

Imej
BANGI, 4 Zulkaedah 1442H, Selasa – Tatkala rakyat terkesan pandemik COVID-19, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pula sibuk mencari seorang ‘researcher’ untuk mengkaji pengabsahan ‘gender ketiga’ secara legistatif di Malaysia. Serentak itu, Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya menggesa kerajaan melihat semula apa relevannya kedudukan dan kewujudan SUHAKAM di negara, terutamanya sebagai sebuah suruhanjaya yang … The post PEMBELA desak kerajaan kaji semula peranan SUHAKAM appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S1nhw5

Israel rancang roboh 100 rumah Palestin, 17 daripadanya bulan depan

Imej
BAITULMAQDIS, 4 Zulkaedah 1442H, Selasa – Jawatankuasa Pertahanan Tanah Silwan memberi amaran 17 buah rumah milik keluarga Palestin di kejiranan al-Bustan, selatan Baitulmaqdis akan dirobohkan pihak berkuasa negara haram Israel menjelang akhir bulan depan. Anggota jawatankuasa, Fakhri Abu Diab berkata, perbandaran Israel merancang untuk merobohkan 100 buah rumah di bahagian al-Bustan di Silwan, bermaksud mengusir … The post Israel rancang roboh 100 rumah Palestin, 17 daripadanya bulan depan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S1l1X0

LHDN buka kaunter BKK untuk rayuan BPR mulai hari ini

Imej
KUALA LUMPUR, 4 Zulkaedah 1442H, Selasa – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan membuka kaunter Bantuan Khas Kerajaan (BKK) mulai hari ini untuk permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). LHDN dalam kenyataan memaklumkan kaunter itu akan dibuka dari 8 pagi hingga 12 tengah hari berdasarkan waktu bekerja bagi setiap negeri serta melalui janji temu sahaja. … The post LHDN buka kaunter BKK untuk rayuan BPR mulai hari ini appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S1l1VX

Prof Dr Mohd Sazili dilantik Timbalan Naib Canselor UiTM baharu

Imej
SHAH ALAM,  3 Zulkaedah 1442H, Isnin  – Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengumumkan pelantikan Prof Dr Mohd Sazili Shahibi sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang baharu menggantikan Prof Dr Azizan Abdullah, berkuat kuasa hari ini. Dalam kenyataan hari ini, UiTM memaklumkan, Mohd Sazili, 51, adalah pakar bidang sistem dan teknologi maklumat serta e-dagang … The post Prof Dr Mohd Sazili dilantik Timbalan Naib Canselor UiTM baharu appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S1jtxL

Pemerintahan 12 tahun Netanyahu berakhir

Imej
TEL AVIV, 3 Zulkaedah 1442H, Isnin – Pemimpin negara haram Israel yang paling lama berkhidmat, Benjamin Netanyahu, telah disingkirkan daripada jawatannya oleh gabungan pesaing, sekali gus menamatkan 12 tahun pemerintahannya. Parlimen Israel memilih pemerintah baharu pada hari Ahad, yang mengakhiri pemerintahan 12 tahun berturut-turut Benjamin Netanyahu sebagai Perdana Menteri. Setelah pengumuman itu, Benjamin Netanyahu memberitahu … The post Pemerintahan 12 tahun Netanyahu berakhir appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S1gLBL

Bila UTAR mahu lantik Melayu jadi Naib Canselor?

Imej
MAMPUKAH KUTAR@UTAR berdiri sendiri tanpa bantuan kerajaan? Bagaimana dengan ribuan ekar tanah diberikan kerajaan untuk bangunkan KUTAR@UTAR sekelilingnya? Akhbar ultra kiasu MCA itu pula, bila mahu lantik Melayu jadi ketua pengarang? Dalam keadaan pihak berwajib masih tercari-cari untuk mengisi jawatan Naib Canselor (NC), yang kosong di lima buah Universiti Awam, sekonyong-konyong akhbar ultra kiasu menyiarkan … The post Bila UTAR mahu lantik Melayu jadi Naib Canselor? appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/S1gL86