Kuala Terengganu


Kuala Terengganu (Jawi: کوالا ترڠݢانو; biasanya diringkaskan kepada KT) ialah ibu negeri, bandar diraja, dan pusat ekonomi utama negeri Terengganu Darul Iman. Kuala Terengganu terletak sekitar 500 kilometer dari timur laut Kuala Lumpur, di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bandaraya ini terletak di muara Sungai Terengganu, berhadapan dengan Laut China Selatan.

Sebagai sebuah daerah, Kuala Terengganu merupakan yang terkecil dari segi keluasan, tetapi (sekiranya kawasan daerah Kuala Nerus yang terletak bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu diambilkira) ia mempunyai jumlah penduduk terbanyak di negeri ini iaitu 406,317 orang pada 2010. Status bandar raya diberikan kepada Kuala Terengganu dengan gelaran Bandaraya Warisan Pesisir Air pada 1 Januari 2008. Walaupun Kuala Terengganu tidak terkecuali daripada pemodenan dan pembangunan, ia masih mengekalkan ciri-ciri kemelayuan yang masih utuh sambil digabungkan bersama-sama warisan dan budaya lain disebabkan sejarah panjangnya sebagai pelabuhan.

Fakta:
  • Majlis perbandaran: 18 Januari 1979
  • Diberikan status bandaraya: 1 Januari 2008
  • Keluasan: 605 km2
  • Populasi (2010): 406,317 orang
Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian