Anak-anak Hebat menghafal Al-Quran

KAJANG, 15 Disember – “Saya berbangga dengan anak-anak yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menghafal Al-Qur’an dan berharap usaha ini dapat diteruskan sehingga anak-anak berjaya menghafal keseluruhan Al-Qur’an. Saya juga berharap anak-anak dapat berkongsi pengalaman kepada kawan-kawan yang tidak hadir dan mengajak mereka ke program-program yang dianjurkan oleh NAZIM,” begitulah kata-kata yang disampaikan oleh Akh Majid Bin Jantan yang juga Naib Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Daerah Hulu Langat ketika merasmikan majlis penutup program Huffaz Cilik 2014.


Program Huffaz Cilik 2014 ini dianjurkan oleh Kelab Anak-anak Hebat (NAZIM) cawangan Daerah Hulu Langat bertempat di Surau Al-Hidayah, Taman Bukit Kajang Baru, Kajang. Program ini berlangsung selama 3 hari berturut-turut bermula pada 13 – 15 Disember dan disertai oleh peserta berumur 7 – 12 tahun.

Antara objektif yang ingin dicapai dalam program ini ialah untuk memberi kefahaman tentang mencintai Al-Qur’an, menghafal surah-surah dalam Al-Qur’an dan mempelajari tajwid secara ringkas.

Selain itu, program ini juga ingin membentuk akhlak dan jati diri yang cemerlang di dalam jiwa anak-anak dengan menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai ikutan.

Selain menghafal, pelbagai aktiviti menarik yang lain juga dijalankan seperti explorace membuat model gunung berapi, slot bercerita kisah Al-Qur’an dan juga slot motivasi dan tips menghafal Al-Qur’an.

“Alhamdulillah, saya sangat seronok datang ke program ini sebab saya boleh menghafal surah-surah pendek Juz Amma. InsyaAllah, saya akan datang lagi,” kata salah seorang peserta.


Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?