ISMA bantu mangsa banjir di Perak


KG GAJAH, 27 Dis – Seramai lebih 600 orang penduduk di sekitar Tanjung Tualang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Dato’ Sagor setelah mengalami bencana banjir di kawasan perumahan mereka.

Paras air yang didapati semakin meningkat menyebabkan penduduk di kawasan berkenaan mula dipindahkan pada jam 3 pagi hari Sabtu.

Pada siang Sabtu, sukarelawan ISMA dan PEMBINA dari cawangan Seri Iskandar turun melawat dan beramah mesra bersama mangsa-mangsa bencana di samping menyampaikan barangan keperluan yang disalurkan oleh masyarakat.

Ketua Wanita ISMA Seri Iskandar, Ustazah Norakilah Baharin dalam ucapannya mengajak mangsa-mangsa supaya menyedari bahawa ujian yang didatangkan ini adalah bagi mendekatkan dan mengembalikan diri kepada Allah SWT.

Mangsa-mangsa diseru untuk bersama-sama memohon keampunan daripada Allah SWT dan memperbanyakkan berdoa memohon pertolongan-Nya di samping mendirikan solat.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan kejadian demi kejadian buruk yang berlaku di bumi adalah atas tangan manusia itu sendiri.

Masyarakat dan sukarelawan ISMA dan PEMBINA turut sama-sama mengerjakan solat maghrib berjemaah yang diimamkan YDP ISMA Seri Iskandar, Ustaz Fadzlan dan mereka membaca surah Yaasiin beramai-ramai selepas itu.

Kampung Gajah terletak di tebing kanan Sungai Perak dan terletak kira-kira 75 kilometer dari bandar Ipoh.


Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian