ISMA pun kaki bola


SKUDAI, 15 Dis – Tidak sekadar hanya berusrah dan melaksanakan kempen ‘Selamatkan Ummah’, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) turut menekankan aspek fizikal untuk memastikan tubuh badan sihat dan bertenaga.

Menurut Ahli Jawatankuasa Biro Tarbiyah ISMA Johor, Ismail Ahmad, riadah bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan, tetapi ia juga boleh mengeratkan ikatan ukhwah sesama pemain.

“Riadah antara wasilah (cara) yang sesuai untuk mengenali sesama pemain selain berusrah atau bertemu dalam program-program yang lain,” ujarnya semasa beriadah futsal di Daiman Sport Centre, Skudai, dengan bertemakan ‘Riadah sentap, Badan tegap’.

Riadah ISMA Johor yang dijalankan setiap minggu itu turut mengalu-alukan kehadiran masyarakat awam yang ingin beraktiviti bersama ISMA. Hubungi Aizat Farid (011-26605279) atau Burhanudin (016-7118172) untuk keterangan lanjut.

Setiap ISMA cawangan mempunyai rutin riadah mingguan sekurang-sekurangnya seminggu sekali dengan diadakan pelbagai acara seperti futsal, ping pong, bola tampar, badminton, bola jaring dan sebagainya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian