Masyarakat marah dengan tajuk berita Malaysiakini


BANGI, 28 Dis – Susulan berita yang disiarkan portal berita Malaysiakini semalam dengan tajuk ‘Padah redah banjir ambil kertas SPM’, masyarakat Malaysia melalui saluran laman sosial meluahkan rasa marah dan kecewa dengan portal itu.

Menurut Ibtisam Tayeh, Malaysiakini kurang ajar dan biadap serta langsung tidak mengambil kira kira perasaan sanak saudara si mati.

Katanya, pasangan tersebut dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab dan amanah terhadap tugasannya.

Begitu juga dengan Noorshidah Abu Samah. Katanya tajuk dalam Malaysiakini itu kurang ajar dan biadap.

“Guru itu seorang yang bertanggungjawab kerana kertas peperiksaan yang diambil itu bukan kepunyaan peribadinya.

“Berdasarkan tajuk yang dibangkitkan inilah satu lagi kena ingat bila ajal telah sampai tak seorang pun dapat mengelak. Puncanya hanyalah sebagai sebab sahaja,” katanya.

Ini adalah susulan daripada penemuan mayat seorang guru, Nurhayati Sulong yang mati lemas kerana bot yang dinaikinya terbalik kerana sanggup bergadai nyawa berpatah balik ke rumahnya dalam keadaan banjir yang semakin buruk semata-mata untuk mengambil kertas peperiksaan SPM.

“Sangat menyedihkan apabila orang Islam yang menyokong dan kebanyakan komen mereka sangat tidak beradab,” katanya.

Menurut Samsol Bin Morshidi Bujang pula, sejak dahulu lagi Malaysiakini tidak mempunyai etika kewartawanan.

Manakala kata Affindi Muhamad, tajuk berita yang ditulis tidak menepati etika kewartawanan.


Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?