‘Merakyatkan Perlembagaan’, tingkat semangat patriotisme


KUALA LUMPUR, 17 Dis – Pendekatan secara ‘Merakyatkan Perlembagaan’ dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat, kata Felo Utama, Pusat Kajian Syariah Undang-undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz.

Beliau berkata antara pendekatan yang boleh dilakukan ialah secara lebih santai menerusi lagu dan program televisyen yang mengandungi nilai patriotisme yang dapat memanifestasi rasa cinta kepada negara dengan lebih berkesan berbanding pendidikan secara formal.

“Elemen patriotisme seperti itu dapat meningkatkan pengetahuan rakyat mengenai Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau yang juga pakar mengenai Perlembagaan berkata demikian selepas membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Islam dalam Perlembagaan: Kesannya Terhadap Status Negara Islam’ dalam muzakarah anjuran Ikim semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata kebanyakan masalah yang berlaku dalam negara masa kini adalah disebabkan ketidakfahaman masyarakat mengenai falsafah dan hala tuju negara yang bersandarkan kepada Perlembagaan.

“Cintakan Perlembagaan juga adalah merupakan semangat patriotik”, tambahnya.

Dalam kertas kerjanya yang menyentuh polemik sama ada Malaysia sebagai negara Islam atau negara sekular, Shamrahayu berkata berdasarkan bilangan kekuasaan orang Islam dalam pentadbiran negara, reputasi negara di mata dunia dan perundangan negara yang tidak menafikan undang-undang Islam, ia sudah memadai untuk menamakan Malaysia sebagai negara Islam.

“Walaupun pelaksanaan undang-undang Islam bukanlah seratus peratus selaras dengan perintah Islam, tetapi sebahagian besar daripada perundangan (negara) sudahpun harmoni dengan prinsip-prinsip Islam”, katanya.   BERNAMA

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian