Pertemuan rasmi ISMA Australia bersama Pengarah baharu Education Malaysia

SYDNEY, 2 Desember. –  Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Australia telah mengadakan sebuah pertemuan rasmi bersama pengarah baharu Education Malaysia (EM) cawangan Australia, Puan Suzzaini Abdullah.


Pertemuan ini telah berlangsung selama satu jam di pejabat Education Malaysia yang terletak di Sydney. Antara hal-hal yang dibincangkan adalah berkaitan kerjasama erat di antara pihak ISMA Australia dan Education Malaysia dalam membentuk mahasiswa yang cemerlang dalam pelajaran dan mempunyai kemahiran dan personaliti dinamik.

Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam penganjuran program ISMA-EMA di peringkat pusat dan cawangan seperti “Greet & Meet” (EMA) dan “Kickstart” (ISMA) pada tahun hadapan.


Bagi meningkatkan lagi kualiti dan kemahiran mahasiswa, ISMA dan EMA juga bersetuju untuk menggunakan khidmat dan kepakaran dari Malaysia. Antara kemahiran yang menjadi fokus utama adalah berkenaan penulisan, pengurusan organisasi dan juga pengucapan awam.

Diharapkan semoga hubungan baik antara ISMA Australia dan juga EMA akan berterusan dan mampu memberi impak positif kepada mahasiswa di Australia.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian