Rakyat pribumi diseru tolak seruan pisahkan Sabah Sarawak dari Malaysia


BANGI, 4 Dis – Rakyat pribumi Sabah dan Sarawak di seru untuk tidak terpengaruh dengan seruan yang menuntut untuk membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Sejak akhir-akhir ini seruan supaya dua negeri Borneo tersebut berpisah dari Malaysia semakin kuat, malah petisyen mengumpul tandatangan menyokong perkara itu telah dilancarkan.

Ujar Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, rakyat di dua negeri itu terutama penduduk pribumi diseru agar tidak terpengaruh dengan seruan tersebut yang menggunakan alasan-alasan tertentu untuk agenda mereka.

“Rakyat pribumi Sabah dan Sarawak tentu faham bahawa agenda pemisahan tidak akan menguntungkan mana-mana pihak jika Malaysia berpecah kepada beberapa negeri yang berasingan.

“Jadi jangan terpengaruh dengan seruan yang menggugat perpaduan di dalam negara Malaysia.

“Ingatlah bahawa seluruh pribumi rakyat Malaysia dari pelbagai agama dan etnik adalah bersaudara dan berkongsi sejarah, kepentingan dan masa depan,” ujarnya.

Baru-baru ini portal berita ISMAweb ada mendedahkan mengenai satu kumpulan di laman sosial Facebook, Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang diketuai Doris Jones telah mendesak kajian semula dibuat terhadap Perjanjian Malaysia 1963 di samping usaha untuk mengeluarkan Sabah Sarawak dari Malaysia.

Sehubungan itu ujar ustaz Abdullah, ISMA menyeru pihak kerajaan pusat supaya mempertingkatkan usaha dan melakukan apa sahaja bagi menutup ruang kesempatan pihak yang menjalankan kempen pemisahan ini.

“Pihak berkuasa di minta menunaikan janji mereka untuk tidak bertolak ansur dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang terbabit sekiranya mereka didapati membawa agenda pemisahan.

“Tindakan dan perbuatan mereka akan hanya akan merosakkan keamanan, kestabilan dan memporak-perandakan masa depan negara,” tegasnya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian