Wanita ISMA Kuantan tenangkan emosi mangsa banjir


BANGI, 27 Dis – Wanita ISMA Kuantan terus menyumbang bakti di Kuantan dengan memberi fokus kepada kesihatan fizikal dan emosi mangsa banjir di SJK (C) Chun Ching.

Pelbagai aktiviti dikendalikan oleh sukarelawan Wanita ISMA Kuantan seperti mewarna, menonton video, bermain sahibba dan sebagainya.

Menurut Ustazah Norhayati Salleh, Timbalan Ketua Wanita ISMA Kuantan, aktiviti-aktiviti ini dijalankan bagi mengawal emosi anak-anak dan remaja di pusat banjir.

“Kami laksanakan juga aktiviti-aktiviti sebegini agar masa mereka diisi dengan aktiviti berfaedah,”  katanya.

Pada waktu yang sama, pasukan I-Medik Kuantan turut membuat pemeriksaan kesihatan percuma.

Antara doctor yang bertugas memberikan perkhidmatan ini adalah Ketua Wanita ISMA Kuantan, Dr Norzila Baharin.

Menurut Kak Ani, salah seorang mangsa banjir, beliau sangat suka dengan pemeriksaan kesihatan percuma ini.

“Kini kami tidak perlu untuk ke klinik, kerana kami boleh dapatkan pemeriksaan kesihtan dengan mudah dan percuma.

“Saya berharap Wanita ISMA dan I-Medik dapat terus buat lagi program sebegini,” ujarnya ketika ditemui wartawan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian