Briged Bakti PEMBINA Pulau Pinang bantu mangsa banjir


PULAU PINANG, 15 Jan- Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Pulau Pinang bersama sukarelawan Briged bakti PEMBINA telah menyalurkan bantuan di beberapa kawasan Kampung Gajah, Perak.

Misi yang bermula dari 10 dan 11 Januari lalu turut melibatkan seorang sukarelawan bukan Islam. Fokus bantuan kali ini adalah untuk membersihkan rumah dan kawasan yang dipenuhi lumpur .

Misi ini merupakan kerjasama antara Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Yayasan Ikhlas, Ikatan Pengamal Perubatan Muslim Malaysia (I-Medik), dan Kelab Remaja ISMA (KRIM).

Sukarelawan ditugaskan untuk membersihkan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Ehyak Diniah Islamiah, surau dan rumah mangsa banjir yang dipenuhi lumpur.

Menurut Juliana, Sukarelawan Briged Bakti PEMBINA, penderitaan yang ditanggung oleh mangsa banjir menyebabkan beliau ingin membantu.

“Dengan cara ini saya boleh membantu meringankan mangsa banjir dan kerja yang mencabar untuk membersihkan kawasan yang disasarkan,” katanya yang berasal dari Indonesia.

Seorang lagi sukarelawan, Ariffah Said’din berkata beliau turut bersimpati kepada mangsa banjir kerana mengharungi susah payah sepanjang banjir berlaku.

“Apabila melihat anak-anak kecil di pusat pemindahan, timbul perasaan simpati kerana dalam usia yang muda mereka telah diuji dan semoga usaha yang diberikan oleh sukarelawan akan diberkati oleh Allah,” katanya.

Sumbangan persekolahan turut diberikan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar.

Azidatul Anis
Wartawan ISMAweb

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?