Bukan sekadar K-Pop, isu artis berpelukan dalam drama juga perlu diberi perhatian, kata masyarakat


BANGI, 15 Jan – Berikutan kes gadis Melayu yang dilihat berpelukan dengan artis K-Pop baru-baru ini masyarakat meminta pihak berkuasa untuk turut memberi perhatian kepada isu artis-artis Melayu dalam drama mahupun filem.

Menurut Jebat Amir Abdullah, ini bukan isu K-Pop sahaja. Lebih luas kita boleh lihat dalam konteks isu artis Melayu Islam di Malaysia yang berpelukan, bercium atas dasar berlakon juga perlu diberi perhatian.

“Masyarakat harus tahu bahawa perkara yang mereka lakukan itu juga salah. Mohon beri perhatian terhadap isu yang lapuk tetapi membarah ini,” katanya kepada ISMAweb.

Ujar Hafie AlQassam pula, semua aksi dalam filem dan drama di Malaysia juga harus dipantau.

“Terang-terang anak-anak generasi kita melihat maksiat melalui drama dan filem di televisyen.

“Jadi dengan berlakunya kes K-pop ini, pihak berwajib juga perlu memantau semula aksi dalam drama sebelum disiarkan, ini sebagai pengajaran” katanya.

Begitu juga Nur Hidayah Abd Rashid, ujar beliau, tindakan harus diambil kepada pelakon-pelakon tempatan yang berpelukan dalam drama dan filem tanpa batasan.

“Mereka juga orang Islam, sesuatu perlu dilakukan bagi menangani isu pergaulan bebas sebegini,” jelasnya.

Pandangan itu dipersetujui Nurul Ain Ikma Meor Idris. Menurutnya, lakonan artis-artis kita dalam Malaysia harus diberi perhatian kerana perkara yang sama dilakukan oleh gadis dan K-Pop itu iaitu berpelukan.

Jadi, pihak kerajaan perlu memperketatkan lagi kawalan serta menyekat program-program yang hanya akan merosakkan akhlak para remaja.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?