CIA reka serangan Charlie Hebdo, kata Editor WSJ


WASHINGTON, 14 Jan – Penolong Setiausaha Perbendaharaan ketika pentadbiran Donald Reagan, Dr. Paul Craig Roberts mendedahkan bahawa serangan di pejabat Charlie Hebdo, Perancis Rabu lalu adalah satu operasi sulit oleh Biro Penyiasatan Pusat (CIA) yang sengaja direka bagi meningkatkan kebencian terhadap umat Islam di Eropah.

Roberts yang juga editor bersekutu Wall Street Journal (WSJ) menulis demikian dalam blognya www.paulcraigroberts.org.

“Ia merupakan kerja orang dalam yang sengaja memerangkap orang Islam sebagai kambing hitam.

“Penganut Islam diperdaya menjadi kambing hitam semata-mata untuk membuatkan Perancis mengikut telunjuk Amerika Syarikat (AS),” katanya.

Selain itu, Roberts dalam tulisannya juga ada menggambarkan mengenai teori berkenaan kad pengenalan seorang suspek, Said Kouachi yang ditemui di tempat kejadian, berbanding pasport suspek serangan 11 September 2001 yang dijumpai berada dalam keadaan elok di sebalik serpihan pencakar langit berkenaan.

Dakwa Roberts sebelum ini, serangan terhadap menara berkembar Pusat Dagangan Dunia di New York itu turut didalangi CIA.

Katanya, suspek boleh jadi bersalah atau tidak dan kedua-duanya. Perlu diingat bahawa semua komplot pengganas itu direka untuk menjadikan ancaman pengganas tersebut kelihatan benar kepada masyarakat Amerika.

Tambah Roberts lagi, motif kejadian berkemungkinan berpunca daripada sekatan ekonomi yang dikenakan AS terhadap Rusia, yang mana secara langsung telah menjejaskan pertumbuhan Perancis.

Ini berikutan minggu lalu, Presiden Perancis ada menyatakan bahawa sekatan oleh AS itu perlu ditamatkan kerana serangan itu adalah cubaan mewujudkan kebergantungan Perancis kepada AS berhubung sekatan Washington terhadap Rusia.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?