KLS Kuala Terengganu dan Dungun berlangsung hari ini


KUALA TERENGGANU, 10 Jan - Karnival Lepasan Sekolah (KLS) anjuran bersama Kelab Remaja ISMA (KRIM) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan berlangsung pada hari ini di Dewan Auditorium, Bangunan Akademik, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu.

Karnival ini bakal menampilkan beberapa tokoh setempat iaitu Dr. Nujaimin Udin, Ir. Mursyidi Mohammad dan Encik M Nor Bakri Shafe. Mereka akan berkongsi dengan para peserta hala tuju selepas SPM, tips biasiswa disamping perkongsian berkenaan survival kampus.

Program ini dijangka mampu menarik kehadiran seramai 250 orang peserta.

Semoga karnival ini berlangsung dengan jayanya dan memberi manfaat kepada peserta yang bakal mencorak hala tuju mereka selepas SPM.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?