Kuil baharu di Presint 20 Putrajaya ganti 15 kuil lama


BANGI, 13 Jan – Sebuah kuil Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanam yang berkeluasan 1833.89 meter persegi akan dibina di Presint 20, Putrajaya.

Dalam satu kenyataan media bertarikh 8 Januari yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat, Kementerian Wilayah Persekutuan, pembinaan kuil itu adalah untuk menggantikan 15 buah kuil yang telah dirobohkan sebelum ini bagi memberi laluan kepada pembinaan Putrajaya.

Antara kuil-kuil yang telah dirobohkan dahulu adalah Kuil Sri Maha Mariaman di Ladang Sidgelley, Presint 14, Kuil Bukit Prang di Jln B15, Ladang Prang Besar 2, Kuil Sri Durga Kaliaman, Presint 20 serta kuil-kuil lain di Presint 7, 16, 15, 14, 13 dan Presint 11.

Kenyataan itu tidak menyebut sama ada semua 15 kuil itu berdaftar atau tidak.

Tambah kenyataan itu lagi, Putrajaya sebelum ini merupakan kawasan ladang dan mempunyai pelbagai kuil dari yang bersaiz besar hingga bersaiz sederhana.

Untuk itu, Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan turut merizabkan lot-lot tanah bagi tujuan pembinaan rumah-rumah ibadat di Presint 20 seperti yang terkandung dalam Pelan Induk Putrajaya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian