Kumpulan 25 Melayu tidak faham banyak perkara


KUALA LUMPUR, 8 Jan – “Banyak perkara yang mereka tidak faham. Mereka hanya sekadar mengikut kenyataan daripada pihak tertentu.

“Mereka pun dah bersara, umur 70-an, 80-an, mungkin jarang-jarang baca perkara seperti ini.

“Jadi kita cadang, tengok-tengoklah balik perlembagaan, belajar-belajarlah ilmu Islam supaya dapat memahami siapa kita,” ujar Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya ketika ditanya pemberita berkenaan kumpulan 25 Melayu yang menyifatkan ISMA sebagai ekstremis dan fanatik agama.

Kata beliau, bukan sekadar ISMA, NGO Islam lain turut dilabel sebagai ekstremis.

“Pembela pun pernah kena label, Muafakat juga kena label, PPIM pun kena label.

“Semua yang memperjuangkan hak dalam perlembagaan, hak Melayu dianggap sebagai ekstremis dan fundamentalis.

“Saya rasa, mereka lebih terpengaruh dengan saranan yang dibuat oleh media yang memang sengaja untuk melemahkan gerakan-gerakan Islam,” katanya lagi.

Bercakap dalam satu sidang media di Taman Melawati tengah hari tadi, ujarnya beliau tidak faham dengan sesetengah pihak yang menganggap ISMA sebagai kumpulan ekstremis.

“Saya tidak faham kenapa orang cakap kita ni ekstremis, kerana apa yang kita perjuangkan hanya sekadar mempertahankan perlembagaan.

“Perlembagaan bagi kita sudah sempurna, ada hak orang Islam, hak orang bukan Islam dan hak bumiputera.

“Tetapi malangnya apabila ada pihak yang mempertikai bahkan menuntut hak sama rata dalam semua perkara. Bukan sahaja dalam ekonomi, politik, malah dalam semua perkara termasuk agama,” jelasnya.

Selain itu tambah Haji Aminuddin, beliau mengalu-alukan perbincangan oleh pihak kerajaan dengan kumpulan 25 Melayu supaya perkara yang mereka bangkitkan dapat diselesaikan.

“Saya yakin apabila mereka faham, sekalipun tidak bersama dengan kita, sekurang-kurangnya mereka sudah tahu perjuangan yang kita maksudkan selama ini,” ujarnya lagi.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?