PBB terima Palestin anggotai Mahkamah Jenayah Antarabangsa


WASHINGTON, 9 Jan – Penyertaan Palestin dalam Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan membolehkan rakyat negara itu meneruskan dakwaan berhubung  kes jenayah perang yang dilakukan Israel pada Jun lalu di Gaza.

Memetik laporan Al-Jazeera, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dalam satu kenyataan telah mengumumkan penerimaan Palestin dalam ICC mulai 1 April ini.

Katanya, penyertaan Palestin adalah selaras dengan prosedur mahkamah.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah menandatangani perjanjian untuk menyertai ICC selepas beberapa hari Majlis Keselamatan PBB menolak draft resolusi yang memberi tempoh tiga tahun untuk penubuhan sebuah negara Palestin.

Penyertaan ICC ini adalah sebagai langkah untuk membolehkan Palestin memfailkan pendakwaan terhadap pegawai kerajaan Israel yang melakukan jenayah perang di wilayah yang dijajah.

Di samping itu ia juga merupakan salah satu strategi Palestin untuk meningkatkan tekanan ke atas Israel untuk berundur daripada kawasan.

Bagaimanapun penyertaan Palestin dalam ICC telah mencetuskan kemarahan Israel apabila pihaknya telah membekukan lebih 100 juta kutipan cukai dan akan ada tindakan yang lebih keras pada Ahad ini.

Perkara yang sama dilakukan Amerika Syarikat apabila memaklumkan bahawa mereka sedang mengkaji pakej bantuan tahunan bernilai USD440 juta kepada Palestin.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian