Perbezaan pandangan mengenai sambutan maulidur rasul


Sebenarnya isu ini adalah khilaf yang tidak akan selesai sepanjang zaman. Setiap kumpulan, sama ada yang bersetuju atau tidak bersetuju mempunyai hujah-hujah tersendiri.

Isunya lebih kepada perbezaan pendekatan sahaja. Mereka yang bersikap tegas seperti kumpulan Salafi/Wahabi langsung tidak membenarkan. Sementara kelompok sufi sangat menggalakkannya.

Kita sebagai orang biasa terimalah ingatan maulidul rasul ini seadanya. Sepatutnya Salafi jangan terlalu 'bekeng/garang' sehingga membid'ahkan atau mengkafirkan orang yang membuat majlis maulid. Golongan sufi pula jangan berlebihan sangat. Buatlah sambutan seadanya saja untuk ambil pengajaran melalui ceramah, nasyid islami dan lain-lain. Tidak ada masalah. Mereka yang memuji jangan keterlaluan hingga buat majlis dengan menelan kos hingga sampai tahap membazir.

Puji semata-mata tanpa menghayati ajarannya pun tak berguna juga. Perkara pokok dan utama ialah intipati di sebalik perutusan kelahiran baginda s.a.w. Selepas puji nabi s.a.w tetapi masih lagi merokok. Selepas puji nabi aurat anak isteri tidak dijaga. Selepas puji nabi kesungguhan untuk solat berjamaah di masjid tidak diberi perhatian... apa maknanya?

Moga dapat direnung bersama.

Dr. Kamarudin Awang Mat
Naib YDP ISMA Kuala Terengganu
AJK Majlis Ulama ISMA
Pensyarah Pusat Pengajian Syariah UniSZA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?