Pertahan agama tidak boleh dianggap ekstrem – Peguam Muslim
BANGI, 15 Jan – Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menegaskan bahawa hak untuk mempertahankan agama tidak boleh sama sekali dianggap sebagai esktrem.
“Tiada istilah ekstremisme dalam Islam.
“Mempertahankan agama tidak boleh dianggap ekstrem, tetapi ia sekadar memberi peringatan kepada umat Islam mengenai keadaan semasa,” katanya mengulas kenyataan Eric baru-baru ini yang menuduh JAKIM mempromosikan fahaman ekstremis.
Tegas Datuk Zainul Rijal, sebagai seorang peguam, Eric tidak seharusnya mempermainkan sensitivti masyarakat dengan tuduhannya itu.
“Jika bukan Islam secara langsung mahu mengajar umat Islam bagaimana berkhutbah, adakah ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan?
“Sedangkan intipati khutbah adalah berdasarkan Al-Quran dan Al-hadith.
“Jadi tidak wujud istilah ekstrem di situ,” beritahunya kepada wartawan ISMAweb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan