Ratusan sukarelawan gerak usaha pemulihan pasca banjir di Kemaman



CHUKAI, 3 Januari – Yayasan Ikhlas dengan kerjasama Briged Bakti Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) hari ini menggerakkan ratusan sukarelawan bagi membantu usaha pemulihan pasca banjir ekoran air surut selepas musibah banjir di sini hari ini.

“Alhamdulillah kami bersama-sama NGO lain dari pelbagai latarbelakang turut bersama berasa kesusahan yang dialami mangsa banjir dan meneruskan usaha pemulihan selepas banjir seperti mencuci bangunan dan peralatan yang telah dikotori oleh selut air banjir,” jelas aktivis Yayasan Ikhlas, Johari Othman.

Beberapa kumpulan dan alatan mencuci yang sesuai telah dibahagikan dan digerakkan mengikut termasuk ke Kampung Seberang Tayor, Perumahan Desa Solihin, Perkampungan Fikri Geliga dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai bagi membantu usaha-usaha pemulihan di tempat tersebut.

Menurut Haji Sulaiman, wakil penduduk Perkampungan Fikri Geliga, kami amat berterima kasih dengan kehadiran Yayasan Ikhlas dan sukarelawan Briged Bakti PEMBINA yang amat banyak membantu meringankan beban kami dalam usaha pemulihan semula kawasan kami yang di tenggelami air banjir dan juga menyampaikan sumbangan yang dikumpulkan kepada para mangsa banjir.

Menurut aktivis Yayasan Ikhlas, Raja Mohd Shamsuri, “Usaha mencuci dan mengeluarkan peralatan yang rosak di SMK Chukai hari ini telah dimudahkan dengan bantuan sukarelawan bakti PEMBINA lebih daripada 60 orang yang dibawakan khas dari Kuala Terengganu.”

“Walaupun usaha Yayasan Ikhlas ini mungkin tidak mendapat liputan utama media perdana, tetapi kami akan terus memberikan bantuan selagi mana yang kami terdaya untuk membantu meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa banjir”, kongsi aktivis Yayasan Ikhlas, Mohd Rahimi.

Sehari sebelumnya, usaha bantuan Yayasan Ikhlas telah ditumpukan di kawasan Bukit Mentok yang telah dilihat sebagai usaha merentas sempadan latarbelakang politik bagi membantu memulihkan kerosakan yang dialami akibat bencan banjir.

Anda semua diminta untuk terus memberikan sumbangan anda di akaun bank Yayasan Ikhlas CIMB Islamik di 8600 601 366. Belia yang yang berminat boleh menyertai Briged Bakti PEMBINA dengan mendaftar sebagai sukarelawan hari ini di http://goo.gl/0p34KP.



Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?