Sebanyak 33 sekolah di Sarawak ditutup, 22 dipantau rapi


KUCHING, 19 Jan – Sebanyak 33 daripada 55 sekolah di Sarawak yang digenangi air akibat banjir diarah tutup, membabitkan 2,696 pelajar sekolah biasa dan 765 pelajar sekolah berasrama.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Seri Alfred Jabu Numpang berkata ini terdiri daripada sekolah-sekolah di daerah Serian (9 sekolah), Limbang (7), Padawan (6), Bau (5), Baram (2) dan masing-masing satu di Samarahan, Lawas, Mukah dan Miri.

Menurutnya 22 daripada sekolah itu ditutup apabila air mulai naik di dalam kelas-kelas, manakala 11 lagi disebabkan jalan utama ke sekolah berkenaan sama ada ditenggelami atau dirosakkan banjir.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata pihaknya sedang memantau dengan teliti perkembangan di 22 lagi sekolah yang kini digenangi air.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat berkenaan di bilik gerakan negeri di sini hari ini, beliau berkata lima daripada 55 sekolah berkenaan adalah sekolah menengah.

Jabu berkata tempoh masa penutupan sekolah tidak dapat dipastikan setakat ini, namun beliau memberi jaminan ia akan dibuka hanya selepas pihaknya berpuas hati dengan tahap keselamatan pelajar dan guru terpelihara.

Sementara itu, beliau berkata Lembaga Sungai-sungai Sarawak mengeluarkan arahan supaya orang ramai tidak menggunakan perahu penambang di Sungai Sarawak ketika ini memandangkan arus sungai itu yang kuat.

Beliau berkata perkhidmatan bot ekspres antara bandar Sibu dan bandaraya Kuching juga dihentikan seketika, namun perkhidmatan bot-bot ekspres antara bandar-bandar lain di Sarawak ketika ini boleh diteruskan.

Menurutnya ketika ini bahagian Kuching mencatatkan jumlah tertinggi mangsa banjir yang dipindahkan, dan pihaknya sedang memantau kawasan sekitar Tebingan Kuching, yang menjadi penanda utama banjir kepada pusat bandaraya Kuching.

Bagaimanapun Jabu berkata baraj yang mengawal paras air sungai berkenaan selama ini didapati berkesan dalam menghalang kejadian banjir akibat limpahan air di bandaraya.

Jabu berkata ketika ini berdasarkan keadaan semasa hujan yang semakin agak reda, pengalaman penjaga baraj yang mantap, dengan kerjasama maklumat data dari Jabatan Meteorologi, keadaan banjir di sini Kuching dijangka terkawal.

– BERNAMA

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?