Mesyuarat Agung Tahunan ISMA Samarahan Kali Ke-2
KOTA SAMARAHAN, 15 Jan- Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Samarahan hari ini telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali kedua bertempat di Pejabat ISMA Samarahan yang telah dihadiri oleh ahli ISMA cawangan tersebut.
Dalam mesyuarat tersebut, Ustaz Abdul Rahman Bin Ismail, Yang DiPertua ISMA Samarahan telah mengingatkan semua ahli jawatankuasa yang telah dilantik bahawa jawatan yang telah diberikan itu bukanlah sebagai satu kemuliaan, tetapi adalah satu tanggungjawab yang harus digalas. Dimana di akhirat kelak akan ditanya oleh Allah s.w.t tentang tanggungjawab tersebut. Beliau berharap agar perlantikan tersebut akan dapat menggerakkan ISMA Samarahan seiring dengan NGO lain yang ada di Sarawak.
Beliau turut berkongsi sejarah tertubuhnya ISMA Samarahan yang pada asalnya adalah gabungan Kuching dan Samarahan yang membentuk ISMA Sarawak. Gabungan ini telah dipecahkan kepada dua cawangan pada tahun 2013 seterusnya bergerak secara berasingan namun dengan matlamat yang sama.
Di akhir ucapan beliau pada mesyuarat tersebut, beliau mengulas sedikit sebanyak tentang matlamat ISMA iaitu untuk membangun umat yang beragenda serta untuk mengubah dunia secara keseluruhannya dengan kaedah yang betul.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan