291 perwakilan, 367 pemerhati hadir AGM ISMA
Oleh Team Wartawan Media Isma Sdn Bhd
Gambar-gambar oleh Unit Foto Media Isma Sdn Bhd
KELANA JAYA, 21 Mac – Seramai 291 orang perwakilan dan 367 pemerhati dari dalam dan luar negara hari ini hadir ke Mesyuarat Agung Perwakilan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kali Ke-14.
Mesyuarat yang bertemakan ‘Mengarusperdanakan Agenda Dakwah, Mengangkat Suara Ummah’ ini di Dewan Auditorium Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Kelana Jaya.
Ucapan dasar Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abdul Rahman diacakan oleh Timbalannya, Haji Aminuddin Yahaya.
Dalam ucapannya Abdullah Zaik berkata ISMA sudah berusia 18 tahun dan umum mengetahui bahawa ISMA adalah NGO yang mempunyai fikrah dan manhaj yang tersendiri yang diambil dari Islam.
“Segala objektif yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah merupakan matlamat ISMA. Islam adalah kebenaran yang unggul yang sangat berbeza dengan agama-agama lain,” katanya.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan