DAP tamat kerjasama dengan Presiden PAS sahaja?


BANGI, 24 Mac – DAP hari ini memutuskan untuk menamatkan kerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi tidak menyatakan sama ada hubungan dengan PAS dan pemimpin lain parti itu akan diteruskan atau tidak.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat DAP malam tadi, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, DAP tetap kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan perbincangan lanjut dengan pemimpin PKR akan diadakan bagi membincangkan masa depan pakatan itu.

Katanya, DAP tidak boleh bekerjasama dengan Abdul Hadi susulan tindakannya yang tidak jujur dan bermaruah, malah DAP sudah lama hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap beliau.

“Oleh kerana Hadi adalah pemimpin Pas dalam PR, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam keadaan terawang-awang.

“DAP akan bertemu dengan kepimpinan PKR untuk membincangkan nasib PR pada masa depan,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?