ISMA tidak paranoid dalam agenda dakwah


Oleh Team Wartawan Media Isma Sdn Bhd
Gambar-gambar oleh Unit Foto Media Isma Sdn Bhd

KELANA JAYA, 21 Mac – Pandangan segelintir masyarakat yang menganggap ISMA paranoid dengan kerosakan umat Islam di Malaysia ialah suatu yang amat salah.

Ustaz Syamil Esa yang mewakili ISMA cawangan luar negara berkata, agenda dakwah yang dibawa oleh ISMA adalah berdasarkan realiti umat Islam semasa dan sejarah umat yang terdahulu, yang bertubi-tubi diserang agenda pemikiran musuh Islam.

“Kita (ISMA) bukan paranoid kerana segala kesan kerosakan telah dan sedang berlaku di depan mata,” katanya membahas ucapan dasar Presiden ISMA pada Mesyuarat Agung Perwakilan ISMA Kali Ke-14, di sini, hari ini.

Dalam ucapannya, beliau turut menyifatkan ucapan dasar Presiden sebagai sebagai pencetus sensitiviti jiwa yang kuat untuk terus berdakwah.

“Ucapan Presiden tidak pernah lari daripada menyebut realiti semasa permasalahan umat Islam dan peranan ISMA agar agenda dakwah yang diperjuangkan sentiasa relevan,” katanya.

Beliau berkata, Islam sentiasa mahukan umatnya mempunyai jiwa yang sensitif.

“Bukan sahaja sejarah lampau, malah realiti umat hari ini juga memaksa kita supaya berjiwa sensitif untuk terus berdakwah,” ujar beliau lagi.

Mesyuarat Agung ISMA hari ini turut dihadiri perwakilan dan pemerhati daripada ISMA cawangan luar negara, antaranya Mesir, Jordan, Jepun dan UK-Eire.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian