‘Jadikan tarbiah teras pembentukan, kekuatan diri’


Oleh Team Wartawan Media Isma Sdn Bhd
Gambar-gambar oleh Unit Foto Media Isma Sdn Bhd

KELANA JAYA, 21 Mac – Semua ahli hendaklah menjadikan tarbiah sebagai teras pembentukan diri kerana ia adalah kekuatan kita yang sebenarnya, kata wakil ISMA Zon Tengah 1, Ustaz Agus Lokman Sulam.

Beliau berkata, tarbiah tersebut akan menghasilkan dakwah yang lebih berkesan dan ini adalah kerja utama setiap ahli bagi mencapai misi dalam mengarusperdanakan agenda dakwah ini.

“Ucapan Dasar Presiden tersebut juga membawa mesej yang sangat penting kerana memberi peringatan kepada kita bahawa tanggungjawap serta beban dakwah yang menanti memerlukan keseriusan dan komitmen yang tinggi daripada semua ahli.

“Selain itu, kita juga perlu meyakini bahawa dakwah ISMA mempunyai peringkat yang seharusnya diikuti dengan penuh ketaatan.

“Sifat gelojoh dan juga cepat melatah dalam menangani sesuatu isu, adalah satu sikap yang perlu dirawat di kalangan kita,” katanya membahaskan ucapan dasar Presiden pada Mesyuarat Agung ISMA kali ke-14 di Auditorium Angkasa di sini, hari ini.

Katanya, ini kerana peringkat yang telah disusun akan terjejas kesan daripada provokasi dan taktik murahan golongan tertentu yang boleh melekakan kita daripada mengikuti langkah yang telah siap disusun.

“Sememangnya ada pihak yang akan menjatuhkan kita, terutama kumpulan tertentu yang sudah pasti akan menjadi punca kepada penyakit yang sangat berbahaya di kalangan ahli dan pimpinan ISMA sekiranya ia berlaku,” katanya.

Beliau juga menekankan bahawa produk ISMA seperti Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM), Kelab Remaja ISMA (KRIM), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan agensi-agensi ISMA yang lain seharusnya digunakan secara optimum kerana telah mendapat sokongan yang memberansangkan daripada kalangan masyarakat setempat.

Beliau turut memberi lima cadangan kepada Jawatan Kuasa Pusat ISMA iaitu:

1. Keseimbangan Ahli Jawatan Kuasa Cawangan antara tenaga muda dan veteran;
2. Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (I-Guru) yang perlu diberi sokongan untuk meningkatkan keupayaan guru khususnya melalui aktiviti-aktiviti di kalangan pelajar sekolah;
3. Mengekalkan mekanisme yang ketat bagi permohonan ahli baru;
4. Menggesa Biro Tarbiyah supaya mengimbangi semula paksi dakwah dan harakah bagi memastikan tidak berlaku keciciran dalam penggunaan bahan-bahan tarbiyah; dan
5. Membentuk satu jawatankuasa khas bagi mengawal selia penghasilan bahan media sebelum disiarkan di media umum.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian