Nazri kata bodoh jika bincang hudud

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz bergambar bersama Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng.

BANGI, 25 Mac – “Jangan bincang sesuatu yang tidak akan berlaku, ini bodoh, sesiapa sahaja yang bincang hudud,” katanya Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz, kelmarin

Mengulas isu yang hangat diperkatakan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan undang-undang hudud 19 Mac lalu, beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, undang-undang hudud itu hanya dapat dilaksana dengan meminda Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.

“Undang-undang hudud tidak akan dapat dilaksanakan di negara ini, dan mereka yang membincangkannya adalah individu yang bodoh.

“Dalam Perlembagaan sudah termaktub undang-undang berkaitan hukuman jenayah termaktub di bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dan bukannya kuasa Mahkamah Syariah.

“Pernah kita nampak Mahkamah Syariah bicarakan kes pembunuhan, bicara kes kecurian?

“Kalau mahu gugurkan bahagian yang mengatakan jenayah itu di bawah mahkamah Persekutuan, kita perlu dua pertiga majoriti Parlimen, tetapi kita tiada sekarang.

“Ini soal agama, kita tidak boleh guna ‘whip’, ahli Parlimen akan mengundi menggunakan pegangan dan suara hati mereka,” katanya.

Nazri berkata, rang undang-undang persendirian yang cuba di bawa PAS ke Parlimen juga tidak akan berjaya dibincangkan memandangkan ia hanya akan di bawa apabila selesai aturan urusan kerajaan.

“Benda (hudud) itu hanya berlaku kalau kita boleh pinda Perlembagaan.

“Usul persendirian hanya dibincangkan setelah selesai urusan kerajaan, selagi tidak habis kita tidak boleh bincang,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian