Peranan media penting pengaruhi pemikiran masyarakat


Oleh Team Wartawan Media Isma Sdn Bhd
Gambar-gambar oleh Unit Foto Media Isma Sdn Bhd

KELANA JAYA, 21 Mac – Dengan peratusan pengguna internet yang semakin meningkat, operasi dakwah yang bersesuaian perlu dijalankan bagi memastikan ianya memenuhi kehendak masyarakat zaman sekarang.

“Peranan yang dimainkan oleh media pada hari ini amat besar dan mampu mempengaruhi serta membentuk minda masyarakat dalam aktiviiti seharian mereka.

“Dari sudut macro, betapa besarnya peranan media dalam menangani isu-isu yang belaku pada hari ini termasuk dalam isu isis, isu negara Islam ini adalah cukup besar kerana apa yang berlaku dimana jua didalam dunia ini, semua orang boleh mendapatkannya.”

Demikian kata Ustaz Ibrahim Mohd Hasan Al-Hafiz selaku wakil belia ISMA ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Mesyuarat Agung ISMA kali ke-14 di Auditorium Angkasa di sini, hari ini.

Beliau yang juga memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) turut menggesa ahli PEMBINA agar menggunakan medium media PEMBINA agar memastikan mesej agenda dakwah sampai kepada masyarakat.

Ibrahim turut memetik ucapan Presiden ISMA yang menyeru agar setiap ahli ISMA agar mencari jalan dengan merangka pelbagai strategi dakwah untuk sampai kepada setiap golongan sasar dengan lebih berkesan lagi.

Selain itu, Ibrahim turut mencadangkan agar peruntukan kewangan kepada unit media di dalam naungan ISMA diberikan dana tambahan agar dapat bersaing seiring dengan media-media liberal.

“Saya ingin mencadangkan agar media Isma diperkasakan, ditingkatkan keupayaannya, diberikan dana yang besar dan diberikan ‘man power’ yang cukup untuk kita berhadapan dengan media-media liberal ini, ” katanya.

Di akhir ucapan, beliau turut menyeru agar ahli-ahli ISMA untuk turut bersama-sama memperkasakan agenda dakwah dan meletakkan diri sebagai ejen penyebar dakwah sosial dan bukan hanya menjadi pengguna laman sosial.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian