Polisi agama Kerajaan Terengganu dan Senator MCA, Gan Ping Sieu


Kenyataan Pengerusi biro undang-undang Syariah dan Unit Khas Pelaksanaan Polisi MCA dan juga merangkap Presiden Bersama NGO Centre For A Better Tomorrow (Cenbet) Gan Ping Sieu yang menyifatkan penguatkuasaan pihak berkuasa agama negeri Terengganu yang akan melaksanakan hukuman mengarak mereka dalam kenderaan jenazah di sekitar pusat bandar raya ini jika masih berdegil dan terus mengulanginya setelah diberi kaunseling sebagai keterlaluan merupakan campurtangan yang jelas dalam urusan umat Islam.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/02/27/MCA-Terengganu-Muslims-Friday-prayers/


1. Sebagai pengerusi biro undang-undang Syariah sepatutnya beliau mengkaji lebih mendalam lagi hikmah disebalik pelaksanaan undang-undang syariah sebelum mengeluarkan kenyataan. Pelaksanaan hukuman dalam Islam ialah untuk mencegah dan menanam perasaan gerun kepada orang ramai. Pelaku jenayah perlu berfikir seribu kali sebelum cuba melakukan kesalahan. Undang-undang diadakan untuk menjaga masyarakat bukan untuk dilanggar. Hukuman yg tidak mencegah akan jadi bahan senda sahaja. Kesalahan yang sama akan berulang. Kecuali beliau hanya mengkaji syariah Islam kerana mahu menimbulkan keraguan seperti gelagat sebahagian orientalis Barat.

2. Sepatutnya yang menjadi tumpuan YB senator ialah masyarakat Cina di Malaysia yang tinggal dengan bangsa Melayu Islam. Malaysia mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun. Malangnya masih ramai lagi yang tidak memahami budaya dan adat orang Melayu Islam, seperti setengah wanita dalam kalangan mereka berseluar pendek menampakkan peha dan betis. Pemakaian seperti ini adalah amat asing dan keterlaluan serta tidak menghormati budaya setempat. Bahkan ia tidak selari dengan budaya tradisi cina dan ketimuran sendiri. Kenapa beliau tidak mengambil berat hal tersebut. Sepatutnya dia ambil tindakan wajar utk basmi fenomena tidak sihat ini. Tapi sikap sebaliknya ditunjukkan. Ini amat dikesali. Adakah dia mahu negeri ini dipenuhi muda mudi berpeleseran serta remaja berpakaian menjolok mata?

3. Hukuman yang dijalankan juga tidak lebih daripada nilai tambah kepada penuatkuasaan Enakmen Kesalahan Jenayah Takzir Terengganu yang dilulus oleh DUN agar gejala tidak sihat ini dapat ditangani dengan lebih efisyen. MAIDAM hanya ambil pendekatan mendidik dan mencegah demi keberkesanan kuatkuasa enakmen sedia ada.

4. Akhir-akhir ini keberanian pemimpin-pemimpin masyarakat bukan Islam mencampuri urusan umat Islam di Malaysia semakin menjadi-jadi. Tidak kira sama ada dari pihak pembangkang mahupun kerajaan sendiri. Nada dan alunannya tetap sama. Bermula dengan komen Eric Paulsen mempertikai khutbah Jakim dan hubungan dengan teroris. Selepas itu, exco wanita Pulau Pinang Chong Eng mempersoalkan khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyeru wanita Islam menutup aurat untuk mengelak jenayah rogol dan terbaru senator Gan Ping Sieu dan pelaksanaan hukuman kepada umat Islam yang tidak solat Jumaat. Setakat yang diketahui tidak ada lagi pemimpin Melayu Islam masuk campur dalam urusan agama mereka. Keadaan ini menggambarkan seolah-olah mereka tidak senang hati dan gelisah apabila umat Islam berusaha untuk menjaga komuniti mereka daripada anasir-anasir yang tidak sihat. Seolah-olah mereka lebih suka masyarakat Melayu Islam rosak dan tidak terkawal.

Dr Razali Bin Musa
YDP ISMA Kuala Terengganu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?