Waspada pengaruh media liberal angkat suara songsang, anti-Islam
Oleh Team Wartawan Media Isma Sdn Bhd
Gambar-gambar oleh Unit Foto Media Isma Sdn Bhd
KUALA LUMPUR, 21 Mac – Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman mengingatkan rakyat Malaysia untuk berhati-hati dengan agenda kotor media liberal yang mengangkat suara minoriti songsang yang anti-Islam dan antinasional.
Menjelaskan perkara itu beliau berkata, selama ini agenda liberal, pluralisme agama, suara minoriti antiagama dan antinasional yang menggugat kesatuan negara adalah akibat pengaruh media-media liberal ini.
“Mereka memaksa masyarakat untuk berfikir mengikut acuan tertentu dari Barat yang sebenarnya tiada kaitan dengan Islam dan dunia Islam pun.
“Mereka menggambarkan yang betul itu salah dan yang salah itu betul untuk melindungi pandangan umum terhadap bahaya agenda ‘dominionisme (cita-cita negara Kristian Evangelist) dan Zionis Kristian’ yang amat berbahaya kepada bangsa dan negara.
“Mereka juga membuka ruang luas kepada agenda golongan ‘Islam liberal’ mereformasikan agama Islam dengan memposisikan Islam liberal dan pluralisme agama itu sebagai moden dan progresif.
“Manakala umat Islam yang terus berpegang kepada Islam dan mempertahankan jatidiri mereka dilabelkan sebagai rasis, ektremis, ganas dan seumpamanya,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Mesyuarat Agung ISMA ke-14 hari ini.
Ucapan dasar beliau dibacakan oleh Timbalan Presiden ISMA, Haji Aminuddin Yahaya.
Ustaz Abdullah berkata, media-media ini telah ditaja oleh pihak luar dari Amerika atau dibiayai oleh taikun-taikun cauvinis dan evangelist tempatan yang berpengaruh dalam negara.
Pengaruh media-media liberal ini menjadikan mereka paling berkuasa mendominasi pemikiran umum dan mempengaruhi pembuat dasar sehingga amat ditakuti oleh politikus yang berkuasa.
“Sebarang isu yang diangkat oleh media-media ini akan diambil kira oleh kerajaan, sebab itu tuntutan-tuntutan minoriti anti-Islam dan anti-nasional menjadi lebih didengari daripada tuntutan majoriti yang setia menjunjung perlembagaan,” katanya lagi.
Ustaz Abdullah juga menyeru semua pihak supaya mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Timur Tengah.
“Di sana, media-media yang dikawal oleh puak-puak liberal, anti-Islam dan anti-nasional walaupun pada hakikatnya berjumlah kecil telah digunakan dengan jayanya untuk memadamkan suara Islam dan menggagalkan agenda nasional,” tegasnya.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan