‘Memang wajar pengarang TMI kena tindakan berat’
Sehingga berita ini ditulis TMI terus mengekalkan laporan mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan hudud dalam ruangan ‘MOST READ THIS WEEK’.
Mereka berharap tindakan tegas itu boleh menjadi pengajaran kepada portal media seangkatan dengannya supaya lebih berhati-hati menyiarkan sebarang berita supaya tidak menimbulkan fitnah.
Seorang pembaca, Yaya Amir, berkata tindakan tegas dan berat perlu dikenakan sebagai pengajaran kepada mdeia liberal lain supaya tidak menyebarkan berita bohong dan palsu terutama yang melibatkan hal-hal Islam dan bangsa Melayu.
“Kalau baca portal TMI dan seangkatan dengannya banyak berita-berita negatif yang menghentam kerajaan, PM, TPM, agensi kerajaan dan lain-lain lagi.
“Berita-berita seperti ini memburukkan negara pada mata orang luar. Apakah motifnya? Ini sengaja untuk memporakperandakan keamanan negara, nak tunjuk bahawa kerajaan sekarang tidak betul.
“Tiada kerajaan di dunia ini yang 100 peratus sempurna. Laporan itu langsung tidak membantu keamanan, ekonomi negara,” katanya mengulas penangkapan ke atas empat pengarang The Malaysian Insider dan penerbit The Edge kerana menyiarkan laporan mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan hudud.
Pada 25 Mac lalu, portal berkenaan melaporkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang Persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud.
Berikutan itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membuat laporan polis dipercayai merujuk kepada berita yang disiarkan itu selain satu berita penafian yang dikatakan dikeluarkan oleh pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Hari ini, polis menangkap penerbit The Edge, Ho Kay Tat dan Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarang The Malaysian Insider (TMI), Jahabar Sadiq mengikut Akta Hasutan berhubung laporan mengenai undang-undang jenayah Islam atau hudud.
Semalam, polis menahan Pengarang Urusan The Malaysian Insider, Lionel Morais; Pengarang Berita (Bahasa), Amin Shah Iskandar dan Pengarang Analisis dan Rencana, Zulkifli Sulong berhubung berita mengaitkan Majlis Raja-Raja dan hudud.
Khairul Bariah pula meluahkan perasaan marahnya terhadap portal berita berkenaan.
‘Memang patut pun Pengarang TMI ditangkap. Selalu sangat keluarkan berita yang putar belit.
“Suka sangat fitnah, adu domba jadi inilah akibatnya ,” katanya.
Salman Kopiaman pula berkata masyarakat tidak perlu untuk berasa kasihan kepada portal berita ini.
“Portal ni lebih teruk berbanding Utusan. Suka hati kata Majlis Raja tidak setuju hudud.
“Ini tidak termasuk lagi artikel mereka yang mempersoalkan pemelukan Islam, penutupan aurat, hak Islam dan lain-lain.
“Jadi, kepada editor-editor Islam yang berkhidmat dalam portal tersebut, bertaubatlah anda,” ujarnya.
Seorang lagi pembaca, Syed Munir berkata, mereka inilah dalang dalam memberi persepsi buruk kepada masyarakat.
“Jadi syabas kepada (Ketua Polis Negara, Tan Sri) Khalid Abu Bakar,” katanya.
Berikutan itu, Asif Mohamed memohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan susulan dengan menghentikan terus portal berita seperti TMI ini.
“Mereka lah pemecah belah masyarakat. Jadi kita minta supaya pihak berkuasa sumbat mereka yang jahat ini ke dalam lokap,” tegasnya.
Memberi pendapat yang sama Nik Hani berkata, pihak polis perlu meneruskan perjuangan membuktikan yang TMI bersalah.
“TMI ini adalah senjata untuk memusnahkan kuasa umat Islam. Pastikan ditutup terus portal seperti ini,” katanya.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan