Bahaya campur tangan asing dalam politik negara: ISMA
Oleh Azri El
BANGI, Ahad – Malaysia perlu mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku kepada Presiden Mesir yang sah, Muhammad Morsi yang dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan Presiden As-Sisi.
Sambil mengecam hukuman itu sekeras-kerasnya, Ketua Penerangan ISMA, Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, ia menunjukkan betapa campur tangan asing ke atas politik negara bakal meragut nyawa para pejuang watan yang ikhlas demi agama dan tanah air tercinta.
Katanya, As-Sisi selaku proksi Amerika bukan sahaja sanggup membunuh demokrasi, demi menjaga kepentingan Israel, bahkan sanggup membunuh anak watan pejuang Islam yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi.
“Sebarang tindakan mengambil penasihat luar, dalam hal ehwal politik negara haruslah dipandang dengan penuh kebimbangan, kerana sejarah telah membuktikan cengkaman pengaruh asing bermula dengan pengambilan orang luar sebagai penasihat politik,” katanya.
Kes di Mesir itu juga katanya, bukti nyata demokrasi hanyalah laungan kosong di mulut pemimpin pro Amerika.
Dalang-dalang pengaruh asing ini juga katanya, tidak pernah bersifat perikemanusiaan dan logik dalam tindakan mereka yang rakus.
Kelmarin, Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas Morsi dan lebih 100 ahli Ikhwan Muslimin lain kerana dituduh terlibat dengan rusuhan di penjara pada 2011.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan