BR1M peringkat kedua diberi esok
BANGI, Rabu – Seramai 4.65 juta penerima bakal mendapat bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat kedua bermula esok.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu termasuk 141,670 penerima yang diluluskan rayuan sebelum ini.
Bagi tahun ini, bayaran BR1M kepada ketua isi rumah dan warga emas disalurkan secara tiga peringkat bermula 15 Januari, 28 Mei dan 28 September 2015.
Melalui pengumuman Bajet 2015, BR1M deperluas kepada tiga kategori iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebanyak RM950, rakyat berpendapatan antara RM3,000-RM4,000 mendapat RM750, dan orang bujang dibayar secara sekali gus RM350.
Semua bayaran dimasukkan terus ke akun penerima, namun bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima, dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank, CIMB dan Public Bank, yang berhampiran.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, penerima boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta e-mel kepada: br1m@treasury.gov.my.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan