China arah peniaga Islam jual arak, rokok

muslim-china

URUMQI (CHINA), 6 Mei – Dalam tindakan tegas terbaru terhadap umat Islam, Parti Komunis China mengarahkan pemilik kedai dan restoran beragama Islam di barat laut wilayah Xinjiang menjual arak dan rokok jika tidak mahu premis mereka ditutup.

Arahan itu yang ditandatangani oleh pemimpin parti pemerintah di bandar Laskuy turut menyatakan setiap restoran dan pasar raya mesti menjual lima jenis arak dan rokok di premis mereka sebelum 1 Mei lalu.

Sebelum ini, peniaga Islam sudah menghentikan penjualan arak dan rokok di premis perniagaan mereka sejak tahun 2012.

Walaupun, ia mendatangkan keuntungan, tetapi mereka bimbang dengan cemuhan orang ramai jika menjual produk yang diharamkan Islam itu.

“Kami kini berdepan dengan satu lagi kempen yang dijalankan untuk melemahkan Islam,” kata Setiausaha Jawatankuasa Kampung Aktash, Adil Sulayman kepada RFA, semalam.

Pihak berkuasa memberi amaran mana-mana pihak yang ingkar arahan itu berdepan tindakan tegas, termasuk premis mereka ditutup, lesen perniagaan digantung dan dikenakan tindakan undang-undang.

Notis itu menyebut arahan berkenaan dikeluarkan oleh pegawai atasan Parti Komunis China.

Adil berkata, sejak beberapa tahun lalu larangan terhadap arak dan rokok sudah menjadi perkara biasa di Aktash dan beberapa kawasan lain di Laskuy dengan 80 peratus penduduk berusia 16 hingga 45 tahun tidak minum arak atau merokok.

Katanya, walaupun tiada peraturan rasmi di kalangan umat Islam Uighur mengenai penjualan arak dan rokok, tindakan itu boleh dianggap pantang dari segi agama.

Walaupun larangan merokok tidak disebut secara langsung dalam al-Quran, tabiat yang tidak pernah wujud sejak awal Islam difatwakan sebagai haram oleh kebanyakan ulama.

Berlainan dengan arak, di mana Islam tidak berkompromi mengenai pengharamannya. Islam melarang umatnya minum atau menjual arak.

Arahan yang menjadikan usaha untuk memerangi ekstremisme sebagai alasan, kempen terbaru itu yang bertentangan dengan ciri-ciri Islam dan boleh menggugat iman muslim Uighur, kata Adil.

“Kami mempunyai lebih 60 restoran dan pasar di bandar ini dan saya diberitahu bahawa peniaga mula menyediakan bekalan arak dan rokok dalam tempoh tiga hari notis arahan dikeluarkan.

“Saya tidak pasti sama ada orang ramai gembira atau tidak. Ada yang menyokong dan ada yang tidak selepas bertemu dengan setiausaha parti di bandar itu,” katanya.

James Leibold, seorang pakar mengenai dasar terhadap etnik China di Universiti Melbourne La Trobe, berkata pegawai China kurang memahami keadaan untuk berdepan dengan ekstremisme.

“Mereka salah anggap mengenai janggut dan tudung kepala,” katanya.

Sejak April tahun lalu, pihak berkuasa Xinjiang menawarkan wang tunai kepada pemberi maklumat mengenai siapa yang menyimpan janggut.

Awal Disember lalu, China mengharamkan pemakaian tudung di kalangan wanita Islam di tempat awam di ibu negeri wilayah Xinjiang, Urumqi.

Undang-undang dan peraturan yang dikenakan terhadap umat Islam menurut pihak berkuasa di Beijing adalah sebagai usaha untuk memerangi ekstremis agama yang didakwa menjadi punca keganasan di wilayah itu.

Umat Islam Uighur yang bertutur bahasa Turki hanya berjumlah kira-kira lapan juta orang. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?