Freedom Flotilla III dilancar untuk pecah kepungan Israel

mavi-marmara-freedom-flotilla

Freedom Flotilla I diketuai kapal Mavi Marmara Turki yang pernah diserang oleh rejim Zionis Israel pada 2010 lalu.

STOCKHOLM, Khamis – Sekumpulan aktivis telah menganjurkan Flotilla ke Gaza dalam usaha berterusan memecahkan pengepungan ke atas Gaza, yang masuk tahun kesembilan bulan depan.

Freedom Flotilla III, yang terdiri daripada tiga buah kapal, merancang perjalanan untuk berada di perairan Mediterranean pada pertengahan bulan depan.

Kapal pertama Freedom Flotilla III, The Marianne, sudah memulakan pelayaran dari Gothenburg, Sweden, 18 Mei lalu menuju ke Kopenhagen, Denmark dan akan menempuh laluan sepanjang 5,000 batu nautika ke Gaza.

Jurucakap misi Flotilla ke Gaza, Dror Feiler, memberitahu bahawa antara barangan yang dibawa termasuk panel sel solar dan peralatan perubatan.

“Bot kami adalah sebuah kapal menunda ikan dan ia bertujuan untuk ditinggalkan untuk kegunaan nelayan di Gaza,” katanya.

Kira-kira 50 orang daripada 20 negara yang berbeza bersama Freedom Flotilla kali ini.

Ini adalah kali ketiga misi Flotilla belayar membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza yang dikepung Israel.

Flotilla pertama, terbentuk daripada enam kapal termasuk Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan, belayar pada bulan Mei 2010 dan telah diserang oleh komando tentera laut Israel.

Sembilan aktivis dari Turki terbunuh, manakala selebihnya telah ditahan dan dihantar pulang, dan beberapa aktivis diberi larangan 10 tahun daripada memasuki Israel.

Percubaan kedua Flotilla menuju Gaza dibuat pada bulan Oktober 2012.

Gerakan pembebasan Gaza adalah organisasi pertama belayar ke pelabuhan Gaza pada bulan Ogos 2008 dengan dua buah bot kayu kecil, sekali gus menjadi kapal asing pertama tiba ke Gaza sejak Israel menawan wilayah pantai itu pada tahun 1967.

Sementara itu, Israel dilaporkan akan menggunakan pelbagai cara untuk menghalang Freedom Flotilla III daripada tiba Semenanjung Gaza, termasuk menggunakan khidmat lanun.

Konvoi bantuan tersebut juga turut disertai bekas Presiden Tunisia Mohamed Marzouki, ahli politik multinasional dan aktivis pro-Palestin. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?