Helikopter terhempas, isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia antara terbunuh

heli

Oleh Azri El

BANGI, 8 Mei – Enam termasuk isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud, terbunuh dalam nahas helikopter dinaiki terhempas ke atas sebuah sekolah di utara Pakistan pagi tadi.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar, bagaimanapun dilaporkan tercedera dalam kejadian tersebut dan sedang dirawat di Hospital Gilgit.

Perkara itu disahkan Wisma Putra dalam satu kenyataan lewat petang ini.

Kenyataan itu juga menyebut helikopter terbabit sedang membawa diplomat asing dan isteri mereka dalam rangka satu program rasmi kerajaan Pakistan.

Selain Habibah, tiga lagi yang terkorban ialah Duta Besar Norway Leid H Larsen, Duta Filipina D Lucenario Jr.

Turut sama berada dalam pesawat malang itu dan Duta Belanda, isteri kepada Duta Besar Indonesia serta dua juruterbang tentera.

Dilaporkan tiada murid di dalam sekolah berkenaan ketika kejadian kerana ia ditutup.

Helikopter jenis MI-11 itu membawa 11 tetamu kehormat asing dan enam warga Pakistan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?