IMEC 2015: Tokoh debat Islam, Zara Huda Faris tiba di Malaysia

Timbalan Ketua Wanita ISMA, Ustazah Suriani Sudi menyampaikan cenderamata kepada Zara Faris dalam majlis ramah mesra semalam. Gambar oleh Nor Shahida Abd Gani.

Timbalan Ketua Wanita ISMA, Ustazah Suriani Sudi menyampaikan cenderamata kepada Zara Faris dalam majlis ramah mesra semalam. Gambar oleh Nor Shahida Abd Gani.

Oleh Suzaimi Johari

BANGI, 3 Mei – Tokoh debat antarabangsa The Muslim Debate Initiative, Zara Huda Faris telah selamat tiba di Malaysia sempena International Muslimah Empowerment Conference (IMEC 2015) pada 9 Mei nanti.

Beliau disambut Naib Pengarah IMEC, Puan Nor Hidayah Ismail di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin.

Dalam satu majlis ramah mesra bersama pimpinan Wanita ISMA dan Beliawanis PEMBINA di Hotel De Palma Ampang semalam, beliau gembira dan berterima kasih kepada Wanita ISMA di atas jemputan.

“Ini kali pertama saya ke Malaysia. Terima kasih atas jemputan dan penganjuran pelbagai aktiviti sepanjang saya berada di negara ini.

“Semoga kehadiran saya dapat menyumbang serba sedikit untuk pembangunan wanita dan menjelaskan isu feminisme di kalangan wanita Islam di negara ini. Seterusnya dapat membuka mata gerakan feminisme bahawa gerakan wanita Islam juga turut bekerja,” katanya.

Dalam persidangan IMEC pada 9 Mei nanti, beliau akan menyampaikan syarahan bertajuk ‘Feminism: Heroin(e) of the Masses’ (Adakah feminisme pejuang atau dadah kepada masyarakat).

Persidangan sehari suntuk itu dianjurkan oleh Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Wanita ISMA) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan The Muslim Debate Initiative Blog (MDI).

Ia akan membincangkan isu pembangunan wanita Islam dan serangan ideologi feminisme yang menjadi musuh umat Islam ketika ini.

Zara Huda Faris berbangsa Kurdi dan keluarganya berasal dari Pakistan. Beliau adalah pengkaji dan pendebat Muslim Debate Initiative (MDI) yang aktif menjalankan dialog dan debat berkenaan isu-isu Islam di peringkat antarabangsa.

Beliau adalah graduan Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Fakulti Pengajian Timur dan Afrika di Universiti London.

jadual zara faris

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?