Kempen buka ladang babi dekat penempatan muslim dibantah

anti-imigran

STOCKHOLM, 8 Mei – Satu kumpulan antipendatang muslim mengemukakan rancangan untuk membina ladang babi berhampiran pusat perlindungan orang Islam di sini.

Kelmarin, kumpulan itu menghantar nota kepada Lembaga Migrasi Sweden (Migrationsverket) berhubung rancangan berkenaan.

Nota itu mengandungi ikrar untuk menternak babi di sekeliling penempatan orang Islam untuk menghalang mereka daripada mencari perlindungan di bandar.

Kempen itu bagaimanapun mendapat bantahan orang ramai, termasuk di media sosial dengan mendakwa kumpulan itu jahil mengenai sensitiviti umat Islam

“Ini karut dan menunjukkan betapa jahilnya mereka mengenai Islam,” kata Ake Sander, Profesor Psikologi di Universiti Gothenburg.

“Anda tahu bahawa orang Islam tidak menyukai dengan babi,” kata ahli politik tempatan Henry Sandahl.

Carl Goransson, seorang peguam dan bekas ahli politik parti sederhana mendakwa, tempat pembuangan sampah gergasi di sebelah pusat perlindungan itu juga diwujudkan untuk meniupkan udara busuk kepada penduduk.

“Mengerikan” dan “gagal seluruhnya”, tulis Johan Arenius, seorang setiausaha akhbar politik bagi parti Demokrat Kristian yang berpangkalan di Orebro di tengah Sweden.

Pada tahun 2013, Sweden menjadi negara Eropah pertama memberikan kewarganegaraan secara automatik kepada pelarian Syria dan sejak itu permintaan suaka meningkat ke paras tertinggi, mencecah kira-kira 90,000 pada tahun 2015.

Sehingga kini, kerajaan Sweeden terus membuka pintu kepada kemasukan pendatang.

Pada tahun 2012, seramai 43,900 pemohon suaka tiba ke negara itu, hampir 50 peratus meningkat dari tahun 2011 dan yang kedua tertinggi dalam rekod.

Sebahagian besar pendatang adalah dari Syria, Afghanistan dan Somalia dan mereka mendapat status penduduk sementara. Terdapat sejumlah 103,000 pendatang baru.

Kira-kira 15 peratus daripada penduduk Sweden adalah kelahiran luar negara, dan yang paling tinggi di kawasan Nordic.

Menurut laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat pada tahun 2011, jumlah orang Islam di Sweden antara 450,000 hingga 500,000 daripada jumlah keseluruhan sembilan juta rakyat negara itu. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?