Ketepi wakil rakyat tak fasih Bahasa Melayu – Ahli akademik

Dr Norazlina Kiram
Oleh Azri El

BANGI, Ahad – Wakil rakyat yang tidak fasih berbahasa Melayu perlu diketepikan daripada menjadi wakil rakyat mahupun calon wakil rakyat.

Bagi Ketua Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM Dr Norazlina Mohd Kiram, wakil rakyat seharusnya dipilih dari kalangan mereka yang boleh mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Melayu di mana sahaja mereka berada.

“Jika bahasa kebangsaan negara ini pun tidak dapat mereka kuasai mana mungkin mereka diangkat sebagai wakil antara kerajaan dengan rakyat.

“Sudah sampainya kita mendahulukan orang yang menyanjung tinggi bahasa Melayu dalam apa jua pelantikan jika mahu bahasa Melayu terus berkembang,” katanya kepada Ismaweb.

Norazlina berkata, mereka yang tidak fasih bahasa Melayu jika dilantik menjadi wakil rakyat, akan terus meminggirkan bahasa ini dengan memberikan pelbagai alasan dan mengangkat bahasa lain sebagai bahasa komunikasi.

“Memang benar bahasa lain juga penting tetapi janganlah sampai kita menganaktirikan bahasa sendiri,” katanya.

Beliau turut bersetuju agar wakil rakyat sedia ada atau calon wakil rakyat yang berhasrat untuk menjadi wakil rakyat perlu melepasi syarat asas, iaitu hendaklah menguasai bahasa Melayu.

Justeru katanya, wakil rakyat yang masih belum menguasai bahasa Melayu hendaklah mengikuti Ujian Kecekapan Bahasa Melayu (UKBM).

“Saya menyarankan supaya wakil rakyat yang tahap bahasa Melayunya masih di peringkat sekolah rendah maka wajibkan mereka supaya mengikuti kursus bahasa Melayu secara intensif,” katanya.

Sebelum ini, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenakan syarat setiap pemimpin yang mahi menjadi wakil rakyat sama ada pada peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri mesti sekurang-kurangnya mempunyai kepujian dalam Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

Saranan itu mendapat sokongan pelbagai pihak, termasuk SPR yang bersedia mengkajinya.

Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim, juga menyatakan setiap pemimpin di negara ini perlu boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik.

Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abd Rahman yang menyokong saranan itu juga menggesa semua wakil rakyat, termasuk Ahli Parlimen yang tidak fasih berbahasa Melayu mengikuti kursus wajib bahasa Malaysia.

Bagaimanapun, cadangan itu ditentang oleh wakil rakyat cauvinis pembangkang termasuk Teresa Kok dan N Surendran.

Artikel berkaitan:

Wakil rakyat tak fasih cakap Melayu wajib ambil kursus: ISMA
ISMA SYOR PM CAKAP MELAYU DALAM SIDANG PBB
Wakil rakyat memang kena fasih bahasa Melayu, kata Senator
Sokong wakil rakyat mesti fasih bahasa Melayu
Ucapan wakil rakyat DAP dalam bahasa Melayu jadi bahan jenaka

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?