KWAP beli tanah 1MDB lebih murah daripada TH

Kerja+Kosong+Kumpulan+Wang+Persaraan+(KWAP)

KUALA LUMPUR, Isnin – Selepas Lembaga Tabung Haji (TH), kini timbul pula laporan mengatakan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) bersetuju membeli sebidang tanah daripada 1MDB untuk dibangunkan sebuah bangunan yang bakal dijadikan ibu pejabat barunya di Tun Razak Exchange (TRX).

Laporan The Star hari ini mendedahkan KWAP membayar pada harga 15 peratus lebih rendah daripada yang telah dibayar oleh TH iaitu antara RM1 bilion hingga RM1.2 bilion bagi bangunan 40 tingkat dan tanah berkenaan.

Berbanding TH yang membayar RM2,774 bagi sekaki persegi tanah yang dibeli daripada 1MDB, KWAP pula hanya dikenakan bayaran RM2,300 bagi sekaki persegi.

“Perjanjian utama adalah permulaan kepada perjanjian jual beli (S&P). Syarat-syarat perjanjian juga ketat di mana KWAP hanya akan membayar 10 peratus terlebih dahulu dan selebihnya apabila bangunan itu siap.

“Perjanjian S&P masih belum ditandatangani, syarat-syarat perjanjian untuk membeli bangunan dan tanah itu akan menjadi lebih baik berbanding perjanjian yang dilakukan di antara 1MDB dan TH.

“KWAP akan membayar deposit sebanyak 10 peratus dan wang itu akan dimasukkan ke dalam akaun eskrow.

“Rasional KWAP membeli bangunan tersebut ialah kerana ibu pejabatnya sekarang disewa d Menara Yayasan Tun Razak yang dimiliki oleh Yayasan Tun Razak dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“KWAP mahu berada di kawasan di mana wujudnya pasaran, terutamanya ia akan menjadi pusat kewangan Islam,” kata The Star memetik satu sumber.

Baru-baru ini, TH mengesahkan membeli sebidang tanah pada harga diskaun RM188.5 juta dalam projek wilayah kewangan TRX yang dibangunkan oleh 1MDB.

Bagaimanapun, TH kemudiannya membuat keputusan untuk menjual tanah itu apabila ia menjadi isu kontroversi dan mendapat bantahan pelbagai pihak.

KWAP adalah agensi yang dikorporatkan bagi mengurus dana yang ditubuhkan di bawah Seksyen 13 Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 (Akta 662) ke arah mencapai pulangan optimum melalui aktiviti pelaburannya. Dana tersebut akan digunakan untuk membantu Kerajaan Persekutuan dalam pembiayaan liabiliti pencen.

Antara fungsi KWAP ialah pengurusan caruman daripada Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi-agensi lain serta mentadbir, mengurus dan pelaburandana dalam ekuiti, sekuriti pendapatan tetap, instrumen pasaran wang dan bentuk pelaburan lain yang dibenarkan Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 (Akta 662).​​​​​​​​

KWAP juga menguruskan kutipan dana di mana Kerajaan Persekutuan menyumbang 5 peratus daripada jumlah emolumen tahunan yang dibajetkan bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan, manakala badan berkanun, PBT dan agensi menyumbang 17.5 peratus daripada gaji hakiki pekerja berpencen masing-masing kepada KWAP setiap bulan.​​​

KWAP melabur dananya di dalam kelas-kelas aset mengikut Peruntukan Aset Strategik dan Polisi dan Garis Panduan Pelaburan seperti yang dicadangkan oleh Panel Pelaburan dan diluluskan oleh Lembaga. Aktiviti pelaburan dilakukan oleh kakitangan pelaburan yang profesional, mahir dan berpengalaman.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian