Lelaki Islam antara peserta ratu pondan di Miri
MIRI, 10 Mei – Sekalipun diharamkan penganjurannya, namun pendedahan penglibatan peserta Islam dalam pertandingan ratu pondan Miss Transuniverse Miri 2015, sesuatu yang mengejutkan.
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sebelum ini, membantah keras penganjuran itu yang bercanggah dengan nilai dan norma agama.
“Kami menerima maklumat bahawa terdapat peserta beragama Islam dalam pertandingan itu yang jelas merupakan kesalahan mengikut Seksyen 25, Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001, Ordinan 46 Tahun 2001,” kata pemimpin Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia Sarawak (MAPIM), Mohammad Fariduddeen Rosli.
Beliau menggesa pihak berkuasa terutamanya Jabatan Hal Ehwal Islam Sarawak supaya mengambil tindakan segera sekiranya acara seperti itu diadakan.
Pertandingan ratu pondan itu sepatutnya berlangsung di sebuah hotel.
Laporan Bernama menyebut, Datuk Bandar Miri Lawrence Lai, bagaimanapun memberi amaran keras kepada penganjur agar membatalkannya.
Lai berkata, Majlis Bandaraya Miri (MBM) tidak menyokong sebarang permohonan untuk mengadakan acara sedemikian kerana memahami sensitiviti agama dan budaya setempat.
“MBM tidak pernah meluluskan atau memberi kebenaran bagi penganjuran acara seperti itu dan ia bukan sebahagian daripada sambutan Hari Bandaraya Miri kami,” katanya kepada Bernama.
Berdasarkan semakan dengan pegawainya, Lai berkata, tiada lesen atau permit dikeluarkan bagi acara itu dan MBM pastinya tidak pernah terlibat secara langsung dengan penganjur pertandingan itu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan