Makkah bakal miliki hotel terbesar di dunia

hotel-baru-makkah

Lakaran artis Abraj Kudai yang dijangka menjadi hotel terbesar dan tertinggi di dunia yang bakal dibina di Tanah Suci Makkah.

MAKKAH, Selasa – Tanah Suci Makkah bakal memiliki sebuah hotel paling besar di dunia yang mempunyai 10,000 bilik, 70 restoran, pusat beli-belah dan lapangan pendaratan helikopter.

Menurut sumber, projek membabitkan kos sehingga AS$3.5 bilion (RM12.5 bilion) itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

Meliputi kawasan seluas 686,000 kaki persegi, Abraj Kudai, juga akan mempunyai suit diraja, dewan solat dan pusat konvension, semuanya dalam 12 menara berasingan.

Menara tumpuan ialah kubah utama yang dikatakan sebuah bangunan terbesar dan tertinggi di dunia.

Abraj Kudai yang terletak 1,600 meter dari Masjidil Haram dijangka menjadi hotel penginapan bagi kebanyakaan jemaah haji dan umrah dan bertaraf empat serta lima bintang.

Sementara itu, Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal, berharap Tanah Suci Makkah bakal menjadi sebuah bandar raya yang indah dan menarik seiring kedudukannya yang istimewa dalam Islam.

Bercakap dalam taklimat oleh syarikat pembangunan semula bandar, Al-Balad Al-Ameen, beliau berharap semua projek dilaksanakan mengikut tempoh ditetapkan dalam Pelan Pembangunan Strategi Kesepuluh.

Katanya, pembangunan yang sedang dilaksanakan bakal membantu mewujudkan suasana baru di bandar tertua itu yang diberkati oleh Allah dengan wujudnya Kaabah.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita yang tinggal di sini untuk menjadikan Makkah sebuah kota yang cantik dan indah,” katanya. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?