Menteri akui risiko pelaburan KWSP dalam 1MDB

ahmadmaslan_0

BANGI, Selasa – Kerajaan mengakui pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sekalipun dijamin sepenuhnya, namun ia mempunyai ‘risiko kecil’.

Pengakuan itu dibuat Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ketika menjawab soalan Ahli Parlimen PAS Temerloh, Nasrudin Hasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad berkata, KWSP membeli RM200 juta bon daripada 1MDB pada 2009, dan melabur RM1.52 bilion dalam dua aset jana kuasa (IPP) yang akhirnya diambil alih oleh 1MDB.

“Pada 2003, KWSP melabur dalam Panglima Power Sdn Bhd, sebuah syarikat jana kuasa. Pada 2005, KWSP melabur dalam Jimah Energy Venture Sdn Bhd. Pelaburan sebanyak RM1.52 bilion.

“Pada 2012, 1MDB mengambil alih Panglima Power, dan pada 2014, 1MDB mengambil Jimah Energy Venture. Pelaburan ini berisiko kecil,” katanya.

1MDB merupakan firma pelaburan yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.

Agensi pelaburan negara itu kini dilaporkan menanggung hutang RM42 bilion, mendapat kritikan banyak pihak.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian